Bahan Komposit

Revision Notes Bahan komposit ialah bahan yang mengandungi 2 atau lebih bahan yang bergabung untuk menghasilkan bahan baru dengan sifat fizik yang berbeza dari bahan asal. Berikut ialah beberapa jenis bahan komposit dan komponennya. Konkrit yang Diperkukuhkan Komponen: Konkrit (simen, pasir, batu), keluli Konkrit biasa adalah kuat tetapi berat. Tiang konkrit mestilah cukup besar untuk … Read more

Kemajuan Dalam Sifat Kaca dan Seramik

Penggunaan Baru Kaca dan Seramik Kaca Fotokromik Kaca fotokromik sangat sensitif terhadap cahaya. Ia menjadi gelap di hadapan cahaya terang dan menjadi cerah ketika jumlah cahaya matahari berkurang. Kaca konduktif Kaca konduksif ialah sejenis kaca yang boleh menkonduksikan elektrik. Ia diperolehi dengan menyadur satu lapisan bahan kunduktor (biasanya indium stanum(IV) oksida) yang nipis di permukaan … Read more

Seramik

Revision Notes Seramik adalah bahan yang diperbuat daripada tanah liat dan dikeringkan oleh haba dalam relau yang dipelihara pada suhu yang tinggi. Tanah liat terdiri daripada aluminosilikat dengan pasir dan ferum(III) oksida sebagai bendasing.Contoh seramik termasuk jubin simen bata porselin Perbezaan antara seramik, logam dan bukan logam diberi di dalam jadual di bawah Ciri-ciri Logam … Read more

Kaca

Kaca dan Seramik Komponen kaca dan seramik yang paling utama ialah silika (silikon (IV) dioksida, SiO2). Kedua-dua kaca dan seramik mempunyai ciri-ciri berikut: Keras tetapi rapuh Tidak mengkonduksi elektrik dan haba Tidak aktif terhadap tindak balas kimia Lemah apabila tekanan digunakan Boleh dibersihkan dengan mudah Kaca Kaca merupakan campuran dua atau lebih jenis silikat logam … Read more

Gentian Sintetik dan Getah Tiruan

Getah Sintetik Getah sintetik ialah elastomer atau polimer yang boleh berubah semula ke bentuk semula jadi asalnya selepas ditarik atau ditekan. [Getah asli juga ialah elastomer.] Contoh getah sintetik adalah neoprena dan stirena-butadiena (SBR). Neoprena Struktur Monomer: KloroprenaJenis pempolimeran: PenambahanKegunaan: Untuk membuat sarung tangan getah dan untuk membuat pembalut kabel elektrik. Stirena-butadiena or SBR Struktur Monomer: … Read more

Plastik

Plastik adalah ringan, kuat dan tidak bertindak balas dengan bahan kimia seperti asid dan alkali. Plastik boleh dibuat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Plastik juga adalah penebat haba dan elektrik yang baik. Contoh-contoh Plastik: Politena Struktur Monomer: EtenaJenis pempolimeran:  PenambahanKegunaan: Beg plastik, bekas plastik dan cawanKeistimewaan:  Ringan dan kuat Polivinil klorida atau PVC Struktur Monomer: … Read more

Polimer Sintetik

Polimer ialah sebatian kimia yang mempunyai molekul berantai panjang yang terdiri daripada unit-unit molekul kecil. Unit-unit molekul kecil ini dipanggil monomer. Polimer dibahagikan kepada dua jenis, iaitu polimer semula jadi polimer sintetik. Proses Pempolimeran Pempolimeran ialah satu proses di mana molekul-molekul kecil yang dipanggil monomer dicantum melalui tindak balas kimia bagi menghasilkan molekul besar yang … Read more

Aloi Timah

Contoh-contoh aloi timah adalah piuter pateri Kebanyakan aloi timah mempunyai permukaan berkilau dan takat lebur yang rendah. Piuter Komponen: Sn 91%, Sb 7%, Cu 2% Kegunaan:Barang hiasan, cenderahati Pateri Komponen: Sn 50%, Pb 50% Kegunaan:Kerja-kerja kimpalan dan pematerian (Kimpalan) (Pematerian)

Aloi Aluminium

Contoh-contoh aloi aluminium adalah Duralumin Magnalium Aluminium mempunyai ketumpatan yang rendah, oleh itu ketumpatan aloi aluminium juga rendah. Duralumin Komponen: Al: 95%, Cu: 4%, Mg: 1% Kegunaan:Bahagian pesawat, kabel elektrik, basikal lumba Magnalium Komponen: Al: 70%, Mg: 30% Kegunaan: Roda kereta lumba, badan rangka pesawat

Aloi Besi

Contoh-contoh aloi besi adalah keluli keluli nirkarat keluli mangan Aloi asas besi biasanya sangat keras Keluli Komponen: Fe: 99%, C: 1% Kegunaan: Kenderaan, kapal, jambatan, bangunan Keluli Nirkarat Komponen: Fe: 73%, Cr: 18%, Ni: 8%, C: 1% Kegunaan: Peralatan dapur, jam tangan, bahagian mesin, pisau, garpu, sudu Keluli Mangan Komponen: Fe: 85%, Mn: 13.8%, C: 1.2% Kegunaan:Topi keledar, spring