Kegunaan Sebatian Kovalen Sebagai Pelarut

Revision Notes Air Sebagai Pelarut Air boleh melarutkan kebanyakan sebatian. Oleh itu, ia dikenali sebagai pelarut semesta. Air merupakan pelarut dwikutub yang boleh melarutkan kebanyakan sebatian ion. Bagaimanapun, kebanyakan sebatian kovalen tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik. Pelarut Organik Sebatian kovalen mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah. Oleh itu, banyak … Read more

Sifat-sifat Sebatian Ion Kovalen

Molekul Ringkas Sebatian kovalen boleh dibahagi kepada 2 jenis Sebatian molekul ringkas Sebatian molekul raksasa Molekul Ringkas Kebanyakan sebatian kovalen terdiri daripada unit-unit molekul yang ringkas dan berasingan seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas. Daya-daya di antara molekul-mulekul merupakan daya Van der Waals yang lemah. Sifat-sifat Fizik Sebatian Kovalen Bermolekul Ringkas Terdiri daripada molekul-molekul … Read more

Sifat-sifat Sebatian Ion

Sifat-sifat Fizik – Sebatian Ion Struktur Sebatian Ion Sebatian ion ( elektrovalen ) terdiri daripada ion-ion ( kation dan anion ) yang disusun dengan teratur dan padat pada kedudukan tetap seperti ditunjukkan dalam rajah di sebelah kanan. Ion-ion ini boleh membentuk satu struktur kekisi raksasa dengan ikatan ion di antara ion-ion yang bertentangan cas. Ikatan … Read more

Ikatan Logam

Atom-atom logam tersusun rapat dan teratur dalam lapisan. Atom-atom unsur logam adalah elektropositif dan cenderung mendermakan elektron valensnya dengan mudah. Elektron valens atom-atom logam yang dinyahsetempat kemudian membentuk awan elektron dan kation logam. Seperti dalam rajah di bawah, atom-atom logam tersusun dengan teratur dan hanya bergetar pada kedudukan yang tetap. Elektron dalam awan elektron bebas … Read more

Ikatan Datif

Ikatan datif juga dikenali sebagai ikatan koordinat. Ia adalah sejenis ikatan kovalen di mana dua atom berkongsi elektron yang berasal dari satu atom sahaja. Contoh-contoh pembentukan ikatan datif:Ion ammonium, (NH _{4}{ }^{+}) Apabila ammonia terlarut dalam air, ia mengion  menghasilkan ion ammonium, (NH _{4}^{+}) dan ion hidroksida, (OH^{-}). [NH _{3}+ H _{2} O rightarrow NH _{4}^{+}+ … Read more

Peranan Ikatan Hidrogen Dalam Kehidupan Harian

Rambut Basah Melekat dan Susah Disikat Molekul air pada rambut yang basah membentuk ikatan hidrogen dengan gentian rambut yang terdiri daripada protein. Ikatan hidrogen ini menyebabkan rambut basah melekat dan susah disikat. Hujung Jari Dibasahi Air Membantu Menyelak Wang Kertas Wang kertas melekat pada hujung jari dibasahi air kerana molekul air di hujung jari membentuk … Read more

Kesan Ikatan Hidrogen Ke Atas Sifat Fizik Bahan

Dalam perbincangan sebelum ini kita sudah belajar bahawa kebanyakan sebatian kovalen adalah tidak larut air serta mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah. Bagaimanapun, molekul-molekul kovalen yang membentuk ikatan hidrogen seperti ammonia, (NH _{3}), hidrogen fluorida, (HF) dan etanol, (C _{2} H _{5} OH) menunjukkan sifat-sifat fizikal yang berbeza daripada sebatian kovalen lain. Molekul-molekul … Read more

Ikatan Hidrogen

Molekul Dwikutub Keelektronegatifan Keelektronegatifan ialah kecenderungan suatu atom menarik elektron ke arahnya. Semakin tinggi keelektronegatifan, semakin kuat suatu atom atau sebatian menarik elektron ke arahnya. Keelektronegatifan suatu atom dipengaruhi oleh nombor atomnya dan jarak elektron valens daripada nukleus atom. Florin, oksigen dan nitrogen ialah 3 unsur yang mempunyai keelektronegatifan paling tinggi di dalam jadual berkala. … Read more

Meramalkan Formula Molekul Kovalen

https://youtu.be/LfOleYdHRBQhttps://youtu.be/VIsk0QGUGUA Meramalkan Formula Molekul Sebatian Kovalen https://youtu.be/XWtY72-Db9k Sama seperti sebatian ion, formula molekul sebatian kovalen dapat diramalkan dengan merujuk kepada kumpulannya dalam Jadual Berkala. Kita dapat meramalkan formula sebatian kovalen dengan merujuk kepada valensi atom-atom dalam molekul. Valensi suatu atom adalah sama dengan bilangan elektron yang diterima atau dilepaskan untuk mencapai susuan elektron oktet. Contohnya, … Read more

Pembentukan Ikatan Ganda Tiga

Pembentukan Ikatan Ganda Tiga https://youtu.be/fzb5wliDACM Ikatan kovalen ganda tiga ialah jenis ikatan kovalen yang terbentuk melalui perkongsian tiga pasang elektron antara dua atom bukan logam. Contoh ikatan ganda tiga ialah ikatan yang terbentuk dalam molekul nitrogen, N2. Pembentukan Molekul Nitrogen Setiap atom nitrogen yang mempunyai susunan elektron 2.5. Ia memerlukan tiga lagi elektron untuk memperoleh … Read more