Aktiviti 1A (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1 (Keseimbangan Redoks)


Activiti 1A:
Jalankan perbincangan bagi menjawab soalan yang berikut melalui aktiviti Brain Storm.
1. Tindak balas antara kuprum(II) oksida, CuO dan karbon, C ialah satu contoh tindak balas redoks.
(a) Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi tindak balas yang berlaku.

(b) Nyatakan nama tindak balas yang berlaku pada:
(i) Kuprum(II) oksida, CuO.
(ii) Karbon, C.

(c) Kenal pasti:
(i) Bahan yang dioksidakan.
(ii) Bahan yang diturunkan.
(iii) Agen pengoksidaan.
(iv) Agen penurunan.

Rekodkan hasil perbincangan kumpulan anda dalam buku nota.

Jawapan:
(a) 2CuO + C → 2Cu + CO2

(b)(i) Tindak balas penurunan
(ii) Tindak balas pengoksidaan

(c)(i) Karbon
(ii) Kuprum(II) oksida
(iii) Kuprum(II) oksida
(iv) Karbon