Aktiviti 1C:
Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
Jadual 1.3 menunjukkan persamaan kimia bagi dua contoh tindak balas redoks.

(a) Bincangkan mengapakah tindak balas dalam Jadual 1.3 dapat dikelaskan sebagai tindak balas redoks.
(b) Kenal pasti bagi setiap tindak balas:
(i) Bahan yang dioksidakan dan bahan yang diturunkan.
(ii) Agen pengoksidaan dan agen penurunan.
Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas melalui aktiviti Gallery Walk.
Jawapan:
CuO + H2 → Cu + H2O
(a) Tindak balas redoks berlaku kerana nombor pengoksidaan kuprum dalam kuprum(II) oksida berkurang dari +2 kepada 0 manakala nombor pengoksidaan hidrogen bertambah daripada 0 kepada +1.
(b)(i) H2 dioksidakan dan CuO diturunkan.
(ii) Agen pengoksidaan ialah CuO dan agen penurunan ialah H2.
Mg + 2HCl → MgCl2 + H2
(a) Tindak balas redoks berlaku kerana nombor pengoksidaan magnesium bertambah dari 0 kepada +2 manakala nombor pengoksidaan hidrogen dalam asid hidroklorik berkurang daripada +1 kepada 0.
(b)(i) Mg dioksidakan dan HCl diturunkan.
(ii) Agen pengoksidaan ialah HCl dan agen penurunan ialah Mg.