Aktiviti 1F (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1 (Keseimbangan Redoks)


Aktiviti 1F:
Jalankan aktiviti ini secara Think-Pair-Share.

1. Rujuk halaman 24 untuk mendapatkan nilai keupayaan elektrod piawai, E0 sel.

2. Bincangkan bersama dengan rakan anda sama ada tindak balas yang berikut berlaku ataupun tidak.
$$ \text { (a) } \mathrm{Cr}_2 \mathrm{O}_7^{2-}(\mathrm{ak})+14 \mathrm{H}^{+}(\mathrm{ak})+6 \mathrm{Cl}^{-}(\mathrm{ak}) \rightarrow 2 \mathrm{Cr}^{3+}(\mathrm{ak})+3 \mathrm{Cl}_2(\mathrm{~g})+7 \mathrm{H}_2 \mathrm{O}(\mathrm{ce}) $$
$$ \text { (b) } \mathrm{H}_2 \mathrm{O}_2(\mathrm{ak})+2 \mathrm{Br}^{-}(\mathrm{ak})+2 \mathrm{H}^{+}(\mathrm{ak}) \rightarrow \mathrm{Br}_2(\mathrm{ak})+2 \mathrm{H}_2 \mathrm{O}(\mathrm{ce}) $$
3. Bentangkan hasil perbincangan anda di hadapan kelas anda.

Jawapan:
(a)

– Nilai keupayaan elektrod piawai, E0 disusun dari paling negatif ke paling positif.
$$ \begin{array}{ll} \mathrm{Cr}_2 \mathrm{O}_7^{2-}(\mathrm{ak})+14 \mathrm{H}^{+}(\mathrm{ak})+6 \mathrm{e}^{-} \rightleftharpoons 2 \mathrm{Cr}^{3+}(\mathrm{ak})+7 \mathrm{H}_2 \mathrm{O}(\mathrm{ce}) & \mathrm{E}^0=+1.33 \mathrm{~V} \\ \mathrm{Cl}_2(\mathrm{~g})+2 \mathrm{e}^{-} \rightleftharpoons \mathrm{Cl}^{-}(\mathrm{ak}) & \mathrm{E}^0=+1.36 \mathrm{~V} \end{array} $$

– Nilai E0 Cr2O72− yang kurang positif menunjukkan ion Cr2O72− disebelah kiri adalah agen pengoksidaan yang lebih lemah. Ion Cr2O72− sukar untuk menerima elektron dan tindak balas penurunan tidak berlaku.

– Nilai E0 Cl yang lebih positif menunjukkan ion Cl disebelah kanan adalah agen penurunan yang lebih lemah. Ion Cl sukar untuk membebaskan elektron dan tindak balas pengoksidaan tidak berlaku. Oleh itu tindak balas antara Cr2O72− dan Cl tidak berlaku.

(b)
– Nilai keupayaan elektrod piawai, E0 disusun dari paling negatif ke paling positif.
$$ \begin{array}{ll} \mathrm{Br}_2(\mathrm{ce})+2 \mathrm{e}^{-} \rightleftharpoons 2 \mathrm{Br}^{-}(\mathrm{ak}) & \mathrm{E}^0=+1.07 \\ \mathrm{H}_2 \mathrm{O}_2(\mathrm{ak})+2 \mathrm{H}^{+}(\mathrm{ak})+2 \mathrm{e}^{-} \rightleftharpoons 2 \mathrm{H}_2 \mathrm{O}(\mathrm{ce}) & \mathrm{E}^0=+1.77 \end{array} $$

– Nilai E0 H2O2 yang lebih positif menunjukkan H2O2 disebelah kiri adalah agen pengoksidaan yang lebih kuat. H2O2 mudah untuk menerima elektron dan tindak balas penurunan berlaku.

– Nilai E0 Br yang kurang positif menunjukkan ion Br disebelah kanan adalah agen penurunan yang kuat. Ion Br mudah untuk membebaskan elektron dan tindak balas pengoksidaan berlaku. Oleh itu tindak balas antara H2O2 dan Br boleh berlaku.