Aktiviti 1G (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1 (Keseimbangan Redoks)


Aktiviti 1G:
Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan dan kolaboratif.
1. Rajah 1.19 menunjukkan susunan radas bagi satu sel kimia.


(a) Berdasarkan Rajah 1.19, dan dengan merujuk kepada nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah:

(i) Kenal pasti terminal negatif dan terminal positif.

(ii) Tuliskan notasi sel bagi sel kimia itu.

(iii) Tuliskan setengah persamaan pengoksidaan, setengah persamaan penurunan dan persamaan ion keseluruhan.

(iv) Hitungkan voltan sel.

Bentangkan hasil kumpulan anda kepada rakan lain.


Jawapan:
(a)(i)
Terminal negatif: Ferum
Terminal positif : Argentum

(a)(ii)
$$ \mathrm{Fe}(\mathrm{p})\left|\mathrm{Fe}^{2+}(\mathrm{ak}) \| \mathrm{Ag}^{+}(\mathrm{ak})\right| \mathrm{Ag}(\mathrm{p}) $$

(a)(iii)
$$ \begin{aligned} \text { Setengah persamaan pengoksidaan } & : \mathrm{Fe} \rightarrow \mathrm{Fe}^{2+}+2 \mathrm{e}^{-} \\ \text {Setengah persamaan penurunan } & : \mathrm{Ag}^{+}+\mathrm{e}^{-} \rightarrow \mathrm{Ag} \\ \text { Persamaan ion keseluruhan } & : \mathrm{Fe}+2 \mathrm{Ag}^{+} \rightarrow \mathrm{Fe}^{2+}+2 \mathrm{Ag} \end{aligned} $$

(a)(iv)
$$ \mathrm{E}_{\text {sel }}^0=(+0.80)-(-0.44)=+1.24 \mathrm{~V} $$