Aktiviti 1H (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1 (Keseimbangan Redoks)


Aktiviti 1H:
Sebatian boleh dikelaskan kepada elektrolit dan bukan elektrolit.

Bagaimanakah anda membuktikan sesuatu bahan tersebut merupakan satu elektrolit?
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan.

2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu bahan X untuk dikaji. Bahan X yang dibekalkan adalah seperti senarai berikut:

(a) Pepejal kuprum(II) klorida, CuCl2
(b) Pepejal glukosa, C6H12O6
(c) Pepejal asid oksalik, C2H2O4
(d) Ammonia akueus, NH3
(e) Cecair heksana, C6H14
(f) Cecair etanol, C2H5OH


3. Dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan dan sifat bahan X, anda boleh menggunakan susunan radas seperti dalam Rajah 1.22 atau Rajah 1.23 untuk menentukan kekonduksian elektrik bahan X.


4. Dapatkan kebenaran guru anda untuk menjalankan aktiviti ini. Pilih susunan radas yang sesuai dan jalankan eksperimen untuk menyiasat bahan X.

5. Sediakan satu pembentangan ringkas aktiviti yang anda jalankan dengan memasukkan maklumat di bawah:
(a) Pemerhatian sama ada mentol menyala atau tidak.
(b) Inferens dari pemerhatian anda.
(c) Kesimpulan sama ada bahan yang dipilih adalah elektrolit atau bukan elektrolit.

6. Bentangkan dapatan anda kepada kepada ahli kelas anda.


Jawapan: