Aktiviti Makmal 1C (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1 (Keseimbangan Redoks)


Aktiviti Makmal 1C ( Penyesaran Logam daripada Larutan Garamnya):
Tujuan : Mengkaji tindak balas redoks dalam penyesaran logam daripada larutan garamnya.

Bahan : Pita magnesium, Mg, kepingan plumbum, Pb, kepingan kuprum, Cu, larutan plumbum(II) nitrat, Pb(NO3)2, 0.5 mol dm−3, larutan magnesium nitrat, Mg(NO3)2, 0.5 mol dm−3 dan larutan kuprum(II) nitrat, Cu(NO3)2 0.5 mol dm−3.

Radas : Tabung uji, rak tabung uji dan kertas pasir.

Prosedur:
1. Dengan menggunakan kepingan logam dan larutan garam yang dibekalkan, rancangkan satu eksperimen untuk menyiasat tindak balas redoks dalam penyesaran logam daripada larutan garamnya.

2. Tuliskan langkah-langkah penyiasatan dengan jelas.

3. Rekodkan semua pemerhatian.

Keputusan:
Sediakan jadual yang sesuai untuk merekodkan semua pemerhatian dan inferens.

Perbincangan:
1. Bagi setiap set eksperimen:
(a) Tuliskan setengah persamaan pengoksidaan, setengah persamaan penurunan dan persamaan ion keseluruhan.

(b) Kenal pasti:
(i) Bahan yang dioksidakan.
(ii) Bahan yang diturunkan.
(iii) Agen pengoksidaan.
(iv) Agen penurunan.

(c) Berikan sebab bagi jawapan (b)(i), (ii), (iii) dan (iv).

Jawapan:
Prosedur:
1. Gosok pita magnesium, kepingan plumbum dan kepingan kuprum dengan kertas pasir.

2. Masukkan pita magnesium ke dalam dua tabung uji yang berasingan.

3. Tuangkan larutan plumbum(II) nitrat 0.5 mol dm−3 ke dalam tabung uji pertama dan larutan kuprum(II) nitrat 0.5 mol dm−3 ke dalam tabung uji kedua. Larutan garam dimasukkan sehingga menenggelamkan pita magnesium.

4. Ulang langkah 2 dengan menggunakan kepingan plumbum dan kepingan kuprum.

5. Tuangkan larutan magnesium(II) nitrat 0.5 mol dm−3 ke dalam tabung uji ketiga dan larutan kuprum(II) nitrat 0.5 mol dm−3 ke dalam tabung uji keempat. Larutan garam dimasukkan sehingga menenggelamkan kepingan plumbum.

6. Tuangkan larutan magnesium(II) nitrat 0.5 mol dm−3 ke dalam tabung uji kelima dan larutan plumbum(II) nitrat 0.5 mol dm−3 ke dalam tabung uji keenam. Larutan garam dimasukkan sehingga menenggelamkan kepingan kuprum.

7. Letak semua tabung uji pada rak tabung uji.

8. Rekodkan pemerhatian

Keputusan:
Jadual untuk merekod pemerhatian dan inferens tindak balas penyesaran logam.


Eksperimen: Mg + Pb(NO3)2
(a) Setengah persamaan pengoksidaan: Mg → Mg2+ + 2e
Setengah persamaan penurunan: Pb2+ + 2e → Pb
Persamaan ion keseluruhan: Mg + Pb2+ → Mg2+ + Pb

(b)(i) Magnesium 
(ii) Plumbum(II) nitrat
(iii) Plumbum(II) nitrat
(iv) Magnesium

(c)(i) Atom magnesium membebaskan elektron menghasilkan ion magnesium, Mg2+
(ii) Ion Pb2+ menerima elektron menghasilkan atom plumbum, Pb
(iii) Ion Pb2+ penerima elektron
(iv) Mg penderma elektron


Eksperimen: Mg + Cu(NO3)2
(a) Setengah persamaan pengoksidaan: Mg → Mg2+ + 2e
Setengah persamaan penurunan: Cu2+ + 2e → Cu
Persamaan ion keseluruhan: Mg + Cu2+ → Mg2+ + Cu

(b)(i) Magnesium 
(ii) Kuprum(II) nitrat
(iii) Kuprum(II) nitrat
(iv) Magnesium

(c)(i) Atom magnesium membebaskan elektron menghasilkan ion magnesium, Mg2+
(ii) Ion Cu2+ menerima elektron menghasilkan atom kuprum, Cu
(iii) Ion Cu2+ penerima elektron
(iv) Mg penderma elektron


Eksperimen: Pb + Cu(NO3)2
(a) Setengah persamaan pengoksidaan: Pb → Pb2+ + 2e
Setengah persamaan penurunan: Cu2+ + 2e → Cu
Persamaan ion keseluruhan: Pb + Cu2+ → Pb2+ + Cu

(b)(i) Plumbum
(ii) Kuprum(II) nitrat
(iii) Kuprum(II) nitrat
(iv) Plumbum

(c)(i) Atom Pb membebaskan elektron menghasilkan ion plumbum, Pb2+
(ii) Ion Cu2+ menerima elektron menghasilkan atom kuprum, Cu
(iii) Ion Cu2+ penerima elektron
(iv) Pb penderma elektron