Eksperimen 4B (Mengkaji Sifat Kekenyalan Getah Tervulkan) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 4


Eksperimen 4B (Mengkaji Sifat Kekenyalan Getah Tervulkan):
Tujuan: Mengkaji sifat kekenyalan getah tervulkan dan getah tidak tervulkan.

Penyataan masalah: Adakah getah tervulkan lebih kenyal berbanding dengan getah tidak tervulkan?

Hipotesis: Getah tervulkan lebih kenyal berbanding dengan getah tidak tervulkan.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasi : Kepingan getah tervulkan dan getah tidak tervulkan.

(b) Pemboleh ubah bergerak balas : Pemanjangan getah selepas pemberat dialihkan.

(c) Pemboleh ubah dimalarkan : Saiz kepingan getah dan jisim pemberat yang digunakan.

Bahan: Kepingan getah tervulkan dan getah tidak tervulkan.

Radas: Kaki retort dengan pengapit, klip bulldog, pemberat 50g dan pembaris meter.


Prosedur:
1. Gantungkan kepingan-kepingan getah pada kaki retort dengan menggunakan klip bulldog seperti dalam Rajah 4.11.


2. Ukur dan rekodkan panjang awal, L1 kedua-dua kepingan getah yang akan digunakan dalam eksperimen.

3. Gantungkan pemberat 50 g pada setiap kepingan getah dan rekodkan panjang akhir, L2 setiap kepingan getah.

4. Tanggalkan pemberat dan rekodkan panjang, L3 setiap kepingan getah sekali lagi.


Keputusan:
Binakan satu jadual yang bersesuaian untuk merekod semua bacaan.

Perbincangan:
1. Kepingan getah yang manakah yang menunjukkan pemanjangan tertinggi?

2. Kepingan yang manakah lebih kenyal? Terangkan jawapan anda berdasarkan keputusan yang diperoleh.

3. Ramalkan kepingan getah yang akan terputus terlebih dahulu sekiranya jisim pemberat terus ditambah.

4. Apakah kesimpulan daripada eksperimen ini?


Jawapan:
1. Kepingan getah tak tervulkan.

2. Kepingan getah tervulkan. Dapat kembali kepada panjang asal selepas pemberat ditanggalkan

3. Getah tidak tervulkan.

4. Kesimpulan: Hipotesis diterima. Getah tervulkan lebih kenyal berbandingan dengan getah tak tervulkan.