Kadar Tindak Balas

  1. Kadar tindak balas ditakrifkan sebagai perubahan jumlah bahan tindak balas atau hasil tindak balas per unit masa.
  2. Ia adalah satu ukuran betapa cepat suatu tindak balas berlaku. 
  3. Bagi suatu tindak balas yang berlaku dengan cepat dalam satu tempoh masa yang singkat, kadar tindak balasnya adalah tinggi.
  4. Bagi suatu tindak balas yang berlaku dengan lambat dalam satu tempoh masa yang panjang, kadar tindak balasnya adalah rendah.

Contoh-contoh tindak balas cepat

Jenis tindak balasContoh
PembakaranPembakaran magnesium dalam oksigen
\[2Mg + {O_2} \to 2MgO\]
Pembakaran etana (C2H6)
\[{C_2}{H_6} + \frac{7}{2}{O_2} \to 2C{O_2} + 3{H_2}O\]
Tindak balas antara logam dengan airTindak balas di antara kalium dan air
\[2K + 2{H_2}O \to 2KOH + {H_2}\]
TIndak balas antara karbonat logam dengan asidTindak balas di antara batu kapur/marmar dan asid sulfurik
\[\begin{gathered}
CaC{O_3} + {H_2}S{O_4} \hfill \\
\to CaS{O_4} + C{O_2} + {H_2}O \hfill \\
\end{gathered} \]
Tindak balas pemendakan (Penguraian ganda dua)Pemendakan argentum(I) klorida
\[AgN{O_3} + HCl \to AgCl + HN{O_3}\]

Contoh-contoh tindak balas perlahan

Jenis tindak balasContoh
Foto sintesis\[6C{O_2} + 6{H_2}O \to {C_6}{H_{12}}{O_6} + 6{O_2}\]
Pengaratan\[4Fe + 3{O_2} + 2{H_2}O \to 2F{e_2}{O_3} \bullet 2{H_2}O\]
Penapaian\[{C_6}{H_{12}}{O_6} \to 2{C_2}{H_5}OH + 2C{O_2}\]

Leave a Comment