Soalan 1:
Bahan kimia merupakan bahan yang tidak boleh diketepikan dalam kehidupan harian kita.
(a) Nyatakan lima bahan kimia yang lazim digunakan dalam kehidupan harian.
(b) Bagi setiap bahan kimia yang dinyatakan di (a), nyatakan kegunaannya.
Jawapan:
(a) Garam, gula, cat, pengawet, detergen (mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)
(b)
Garam – sebagai perisa atau pengawet
Gula – sebagai perisa atau pengawet
Cat – digunakan untuk mengecat bangunan, kayu atau logam sebagai pelindung untuk bahan-bahan tersebut
Pengawet – untuk mengawet makanan agar boleh disimpan untuk tempoh yang lebih panjang
Detergen – digunakan sebagai pencuci untuk menanggalkan kotoran pada pakaian (mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Soalan 2:
(a) Berikan tiga industri yang menggunakan pengetahuan kimia di Malaysia.
(b) Bagaimanakah industri yang dinyatakan di (a) memanfaatkan negara kita?
Jawapan:
(a) Industri pertanian, industri kosmetik, industri perubatan (mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)
(b)
Pertanian – memberi sumber makanan dan sumber ekonomi kepada negara
Kosmetik – memberi sumber pendapatan untuk negara
Perubatan – membekalkan perubatan yang baharu kepada rakyat dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat
(mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Soalan 3:
Senaraikan tiga alat pelindung diri dan nyatakan fungsi setiap alat.
Jawapan:
Kaca mata keselamatan – digunakan untuk mengelakkan debu atau percikan bahan kimia terkena mata. Baju makmal – digunakan sebagai pelindung untuk badan dan pakaian daripada tumpahan bahan kimia seperti asid, alkali, dan pelarut organik.
Sarung tangan – digunakan semasa mengendalikan bahan kimia untuk melindungi tangan daripada tercedera, terkena bahan kimia atau jangkitan.

Soalan 4:
Lengkapkan carta alir berikut tentang langkah-langkah yang terlibat dalam kaedah saintifik.

Jawapan:
Membuat pemerhatian → Membuat inferens → Mengenal pasti masalah → Membuat hipotesis → Mengenal pasti pemboleh ubah → Mengawal pemboleh ubah → Merancang eksperimen → Mengumpul data → Mentafsir data → Membuat kesimpulan → Menulis laporan

Soalan 5:
Nyatakan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk menangani kemalangan tumpahan merkuri yang berlaku di dalam makmal sekolah.
Jawapan:
Langkah keselamatan yang perlu diambil:
1. Maklumkan kemalangan kepada guru atau pembantu makmal dengan segera.
2. Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan.
3. Taburkan serbuk sulfur untuk menutup tumpahan.
4. Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk tindakan selanjutnya.

Soalan 6:
Tiga helai kain yang bersaiz 10 cm × 10 cm masing-masing dibasahkan dengan 20 cm3 air suling. Kemudian, ketiga-tiga helai kain tersebut dilipat dengan cara yang berlainan dan dibiarkan kering pada suhu bilik. Masa yang diambil untuk setiap helai kain menjadi kering direkodkan.
(a) Terangkan mengapa tiga kain tersebut dilipat dengan cara yang berlainan.
(b) Cadangkan satu hipotesis untuk eksperimen ini.
(c) Nyatakan satu inferens untuk eksperimen ini.
(d) Tentukan pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen ini.
(e) Binakan satu jadual yang sesuai untuk merekodkan bacaan dalam eksperimen ini.
Jawapan:
(a) Untuk memberikan luas permukaan yang berlainan terhadap kain tersebut
(b) Semakin besar luas permukaan kain, semakin cepat kain tersebut menjadi kering.
(c) Kain yang mempunyai luas permukaan yang besar akan kering lebih cepat berbanding dengan kain yang mempunyai luas permukaan yang kecil.
(d) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Luas permukaan kain
Pemboleh ubah bergerak balas: Kadar pengeringan kain
Pemboleh ubah dimalarkan: Suhu persekitaran, jenis kain yang digunakan, saiz kain
(e)