Penilaian Prestasi 7 (Soalan 1 & 2) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Kadar tindak balas mengukur perubahan kuantiti bahan tindak balas atau hasil tindak balas dalam satu unit masa.

(a) Nyatakan tiga unit untuk mengukur kuantiti bahan.

(b) Bagi setiap unit ukuran kuantiti bahan dalam 1(a), nyatakan unit sepadan bagi kadar tindak balas.

Jawapan:
(a) g (jisim); cm3 (isi padu); mol dm-3 (kepekatan)

(b) g s-1; cm3 s-1; mol dm-3 s-1


Soalan 2:
Dalam kehidupan harian, terdapat tindak balas kimia yang berlaku dengan cepat atau perlahan. Beberapa contoh diberikan di bawah. Susun tindak balas tersebut berdasarkan kelajuan kadar tindak balas mengikut tertib menurun.

(a) Pereputan pisang
(d) Pembakaran gas dapur
(b) Membakar kek
(e) Pengaratan paku besi
(c) Merebus telur

Jawapan:
(d), (c), (b), (a), (e)