Penilaian Prestasi 8 (Soalan 3 – 5) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8


Soalan 3:
Seramik tradisional diperbuat daripada tanah liat seperti kaolin.

(a) Namakan dua sebatian oksida yang terdapat di dalam kaolin.

(b) Berikan formula ion yang memberikan warna perang pada tanah liat.

(c) Nyatakan dua kegunaan seramik tradisional.

Jawapan:
(a) Silikon dioksida dan aluminium oksida

(b) Ion Fe3+

(c) Membuat tembikar dan membuat batu-bata.


Soalan 4:
Sifat seramik yang unik dan pelbagai disesuaikan dengan penggunaannya dalam pelbagai bidang. Nyatakan sifat seramik yang terlibat dalam pembuatan bahan berikut:
(a) Enjin kereta.
(b) Palam pencucuh.

Jawapan:
(a) Penebat haba / ringan / tahan kakisan

(b) Penebat haba / penebat elektrik


Soalan 5:
Logam boleh mengkonduksikan elektrik. Bahan seramik juga boleh diproses untuk mengalirkan arus elektrik serta boleh dijadikan superkonduktor. Rajah 1 menunjukkan perubahan nilai rintangan elektrik dua bahan konduktor terhadap suhu.


(a) Berikan satu contoh bahan seramik yang boleh menunjukkan sifat superkonduktiviti.

(b) Terangkan sifat kekonduksian elektrik antara dua bahan konduktor dalam Rajah 1.

(c) Bagaimanakah ahli sains mewujudkan keadaan suhu yang sangat sejuk untuk mengkaji fenomena superkonduktiviti?


Jawapan:
(a)
Seramik itrium barium kuprum oksida, YBCO

(b)
Apabila suhu menurun, rintangan elektrik logam bukan superkonduktor juga menurun tetapi rintangan tersebut tidak hilang walaupun suhu terendah pada suhu 0 K dicapai.

Apabila suhu menurun, rintangan elektrik Superkonduktor X juga menurun dan rintangan tersebut hilang pada satu suhu kritikal yang sangat rendah (4K) – hampir dengan suhu mutlak, 0 K .

(c)
Sejukkan bahan dalam cecair nitrogen atau helium.