Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan beberapa contoh bahan sisa di dalam makmal sekolah.

(a) Berdasarkan Rajah 1, senaraikan bahan sisa yang tidak boleh dibuang ke dalam singki atau tong sampah sekolah.
(b) Jelaskan bagaimana mengendali bahan sisa yang disenaraikan di (a) dengan cara yang betul.
Jawapan:
(a) Sarung tangan terpakai, kelalang kon pecah, bromin, asid pekat
(b) Sarung tangan dan kelalang kon – perlu dibuang ke dalam bekas khas
Bromin – perlu disimpan dalam bekas yang bertutup dan dijauhkan daripada sumber cahaya dan haba
Asid pekat – perlu dimasukkan ke dalam bekas yang berlabel dan dilupuskan

Soalan 2:
Halim merupakan seorang petani. Terdapat pelbagai jenis sayuran ditanam oleh Halim untuk dibekalkan ke pasaran tempatan. Namun sejak kebelakangan ini, Halim mendapati hasil penanaman sayuran adalah kurang memuaskan serta pertumbuhan sayuran menjadi terbantut atau mati. Halim mengesyaki bahawa tanah yang digunakannya adalah berasid. Sebagai seorang ahli sains, bantu Halim menentukan pH tanah yang paling sesuai untuk penanaman sayuran.
Cadangkan satu hipotesis yang sesuai serta nyatakan secara ringkas bagaimana anda mengawal pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
Jawapan:
(Jawapan murid yang sesuai)
Hipotesis – Tanah yang mempunyai pH yang berasid adalah tidak sesuai untuk penanaman sayuran.
Cara mengawal:
Pemboleh ubah dimanipulasikan – jenis tanah // tanah neutral, tanah berasid dan tanah beralkali
Pemboleh ubah bergerak balas – kadar pertumbuhan sayuran dalam keadaan tanah yang berlainan pH
Pemboleh ubah dimalarkan – jenis sayuran yang sama, keamatan cahaya yang sama