Uji Diri 1.1 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1 (Keseimbangan Redoks)


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas redoks?

Jawapan:
Tindak balas kimia di mana proses pengoksidaan dan penurunan berlaku secara serentak.


Soalan 2:
Jadual 1.5 menunjukkan persamaan bagi beberapa tindak balas redoks.


Bagi setiap tindak balas redoks di atas;
(a) tuliskan setengah persamaan pengoksidaan dan setengah persamaan penurunan, dan

(b) kenal pasti bahan yang dioksidakan, bahan yang diturunkan, agen pengoksidaan dan agen penurunan. Terangkan jawapan anda berdasarkan pemindahan elektron.

Jawapan:
Tindak balas I
(a)
$$ \begin{array}{ll} \text { Setengah persamaan pengoksidaan } & : \mathrm{Cu} \rightarrow \mathrm{Cu}^{2+}+2 \mathrm{e}^{-} \\ \text {Setengah persamaan penurunan } & : \mathrm{Ag}^{+}+\mathrm{e}^{-} \rightarrow \mathrm{Ag} \end{array} $$

(b)
– Kuprum dioksidakan kerana atom kuprum, Cu membebaskan elektron menghasilkan ion Cu2+ manakala ion Ag+ diturunkan kerana ion Ag+ menerima elektron menghasilkan atom argentum, Ag.

– Ion Ag+ adalah agen pengoksidaan kerana ion Ag+ merupakan penerima elektron manakala kuprum adalah agen penurunan kerana kuprum merupakan penderma elektron.

Tindak balas II
(a)
Setengah persamaan pengoksidaan: Pb → Pb2+ + 2e
Setengah persamaan penurunan: O2 + 4e → 2O2−

(b)
– Plumbum dioksidakan kerana atom plumbum, Pb membebaskan elektron menghasilkan ion Pb2+ manakala oksigen diturunkan kerana molekul oksigen, O2 menerima elektron menghasilkan ion oksida, O2−.

– Oksigen adalah agen pengoksidaan kerana oksigen merupakan penerima elektron manakala plumbum adalah agen penurunan kerana plumbum merupakan penderma elektron.

Tindak balas III
(a)
$$ \begin{array}{ll} \text { Setengah persamaan pengoksidaan } & : \mathrm{Al} \rightarrow \mathrm{Al}^{3+}+3 \mathrm{e}^{-} \\ \text {Setengah persamaan penurunan } & : \mathrm{Cl}_2+2 \mathrm{e}^{-} \rightarrow 2 \mathrm{Cl}^{-} \end{array} $$

(b)
– Aluminium dioksidakan kerana atom aluminium, Al membebaskan elektron menghasilkan ion Al3+ manakala klorin diturunkan kerana molekul klorin, Cl2 menerima elektron menghasilkan ion klorida, Cl.

– Klorin adalah agen pengoksidaan kerana klorin merupakan penerima elektron manakala aluminium adalah agen penurunan kerana aluminium merupakan penderma elektron.

Tindak balas IV
(a)
$$ \begin{array}{ll} \text { Setengah persamaan pengoksidaan } & : 2 \mathrm{I}^{-} \rightarrow \mathrm{I}_2+2 \mathrm{e}^{-} \\ \text {Setengah persamaan penurunan } & : \mathrm{Br}_2+2 \mathrm{e}^{-} \rightarrow 2 \mathrm{Br}^{-} \end{array} $$

(b)
– Ion I dioksidakan kerana ion I membebaskan elektron menghasilkan molekul iodin, I2 manakala bromin diturunkan kerana molekul bromin, Br2 menerima elektron menghasilkan ion bromida, Br.

– Air bromin adalah agen pengoksidaan kerana bromin merupakan penerima elektron manakala ion iodida adalah agen penurunan kerana ion I merupakan penderma elektron.