Uji Diri 1.2 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1 (Keseimbangan Redoks)


Soalan 1:


Jadual 1.7 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah beberapa logam.

(a) Susunkan atom atau ion dalam Jadual 1.7 dalam tertib menaik kekuatan agen pengoksidaan dan agen penurunan.

(b) Berdasarkan jawapan anda di (a), terangkan adakah tindak balas akan berlaku bagi bahan tindak balas yang berikut:
(i) Mg(p) + Cu2+(ak).
(ii) Mg(p) + Zn2+(ak).
(iii) Cu(p) + Zn2+(ak).

Jawapan:
(a)
Susun nilai keupayaan elektrod piawai, E0 dari paling negatif ke paling positif.
$$ \begin{array}{ll} \mathrm{Mg}^{2+}(\mathrm{ak})+2 \mathrm{e}^{-} \rightleftharpoons \mathrm{Mg}(\mathrm{p}) & \mathrm{E}^0=-2.38 \\ \mathrm{Zn}^{2+}(\mathrm{ak})+2 \mathrm{e}^{-} \rightleftharpoons \mathrm{Zn}(\mathrm{p}) & \mathrm{E}^0=-0.76 \end{array} $$
$$ \begin{array}{ll} \mathrm{Cu}^{2+}(\mathrm{ak})+2 \mathrm{e}^{-} \rightleftharpoons \mathrm{Cu}(\mathrm{p}) & \mathrm{E}^0=+0.34 \\ \mathrm{Ag}^{+}(\mathrm{ak})+\mathrm{e}^{-} \rightleftharpoons \mathrm{Ag}(\mathrm{p}) & \mathrm{E}^0=+0.80 \end{array} $$
$$ \begin{array}{ll} \text { Agen pengoksidaan } & : \mathrm{Mg}^{2+}, \mathrm{Zn}^{2+}, \mathrm{Cu}^{2+}, \mathrm{Ag}^{+} \\ \text {Agen penurunan } & : \mathrm{Ag}, \mathrm{Cu}, \mathrm{Zn}, \mathrm{Mg} \end{array} $$

(b)(i)
Tindak balas berlaku
– Mg adalah agen penurunan yang lebih kuat. Mg mudah membebaskan elektron dan tindak balas pengoksidaan berlaku.

– Magnesium dapat menyesarkan kuprum daripada larutan garamnya kerana magnesium adalah agen penurunan yang lebih kuat berbanding kuprum.

(ii)
Tindak balas berlaku
– Mg adalah agen penurunan yang lebih kuat. Mg mudah membebaskan elektron dan tindak balas pengoksidaan berlaku.

– Magnesiun dapat menyesarkan zink daripada larutan garamnya kerana magnesium adalah agen penurunan yang lebih kuat berbanding zink.

(iii)
Tindak balas tidak berlaku
– Cu adalah agen penurunan yang lebih lemah. Cu sukar membebaskan elektron dan tindak balas pengoksidaan tidak berlaku.

– Kuprum tidak dapat menyesarkan zink daripada larutan garamnya kerana kuprum adalah agen penurunan lebih lemah berbanding zink.