Soalan 1:
Rajah 4.6 menunjukkan struktur sejenis polimer.
(a) Berapakah jenis monomer yang diperlukan untuk menghasilkan polimer ini?
(b) Lukis dan namakan monomer yang terlibat.
Jawapan:
(a) Satu jenis
(b)

Soalan 2:
Polimer sintetik lebih kuat dan tahan lama berbanding polimer semula jadi.
Wajarkan penggunaan polimer sintetik dalam kehidupan seharian.
Jawapan:
Penggunaan polimer sintetik adalah wajar.
– Polimer sintetik yang mempunyai sifat ringan dan kuat digunakan dalam penghasilan beg plastik untuk mengisi barang atau makanan kerana murah dan mudah didapati.
– Polimer sintetik juga memiliki sifat lengai dan tidak reaktif digunakan dalam penghasilan paip PVC kerana tahan kakisan.
– Pencemaran alam sekitar kesan dari penggunaan polimer sintetik boleh diatasi dengan menggunakan pendekatan teknologi hijau dalam pengurusan sisa, mengamalkan langkah 3R (reduce, reuse and recycle) dan menggunakan polimer sintetik yang biodegradasi atau fotodegradasi.
Alternatif:
Penggunaan polimer sintetik adalah tidak wajar.
– Sebahagian besar polimer sintetik tidak terbiodegradasi dan tahan lama.
– Pembuangan polimer sintetik seperti botol plastik dan bekas menyebabkan penyumbatan sistem saliran dan sungai sehingga menyebabkan banjir kilat.
– Pembakaran hampir semua polimer secara terbuka akan mengeluarkan gas berasid dan beracun akan menyebabkan pencemaran udara seperti:
(i) Gas karbon dioksida yang menyebabkan kesan rumah hijau.
(ii) Karbon monoksida yang beracun.