Soalan 1:
Namakan polimer bagi getah asli.
Namakan polimer bagi getah asli.
Jawapan:
Poliisoprena
Soalan 2:
Kehadiran asid dalam lateks menyebabkan lateks menggumpal.
Kehadiran asid dalam lateks menyebabkan lateks menggumpal.
(a) Nyatakan fungsi asid dalam proses penggumpalan lateks.
(b) Huraikan proses penggumpalan lateks.
Jawapan:
(a) Asid bertindak meneutralkan cas negatif pada membran protein zarah getah.
(b)
– Ion hidrogen, H+ daripada asid meneutralkan cas negatif pada membran protein.
– Zarah-zarah getah berlanggar antara satu sama lain menyebabkan membran protein pecah.
– Polimer-polimer getah bergabung antara satu sama lain dan menyebabkan getah menggumpal.
Soalan 3:
Apakah kelebihan pemvulkanan menggunakan sinaran berbanding dengan proses pemvulkanan menggunakan sulfur?
Apakah kelebihan pemvulkanan menggunakan sinaran berbanding dengan proses pemvulkanan menggunakan sulfur?
Jawapan:
Bebas penggunaan sulfur dan alahan bahan kimia.
Soalan 4:
Banding beza getah tervulkan dan getah tidak tervulkan.
Banding beza getah tervulkan dan getah tidak tervulkan.
Jawapan:
Persamaan: Kedua-dua getah tervulkan dan getah tak tervulkan terhasil dari lateks.
Perbezaan:

