Uji Diri 5.2 – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan sabun?

Jawapan:
Sabun adalah garam kalium atau garam natrium bagi asid lemak.


Soalan 2:
Apakah yang dimaksudkan dengan detergen?

Jawapan:
Detergen adalah garam natrium bagi asid sulfonik.


Soalan 3:
Namakan proses penyediaan sabun.

Jawapan:
Saponifikasi.


Soalan 4:
Berikan persamaan kimia seimbang bagi tindak balas antara asid stearik dan natrium hidroksida untuk menyediakan sabun.

Jawapan:
$$ \mathrm{CH}_3\left(\mathrm{CH}_2\right)_{16} \mathrm{COOH}+\mathrm{NaOH} \rightarrow \mathrm{CH}_3\left(\mathrm{CH}_2\right)_{16} \mathrm{COONa}+\mathrm{H}_2 \mathrm{O} $$


Soalan 5:
Nyatakan dua peringkat dalam proses penyediaan detergen.

Jawapan:
Pensulfonan atau pensulfatan dan peneutralan


Soalan 6:
Salah satu sifat sabun atau detergen adalah dapat membentuk buih. Apakah fungsi buih? 

Jawapan:
Buih sabun berfungsi untuk merendahkan ketegangan permukaan air melalui cara berikut:

• Buih sabun adalah lapisan filem sabun berbentuk sfera yang merangkumi udara atau gas.

• Filem ini terdiri daripada selembar air tipis yang terperangkap di antara dua lapisan molekul sabun. 

• Bahagian hidrofilik molekul sabun akan larut dalam air manakala bahagian rantai hidrokarbon hidrofobik cenderung mengelakkan air.

• Hujung hidrofobik molekul sabun berkumpul pada permukaan, mengelakkan air, dan menjauhkan diri daripada lapisan molekul air.

• Akibatnya, molekul air terpisah antara satu sama lain. Peningkatan jarak antara molekul air menyebabkan penurunan tegangan permukaan, yang memungkinkan buih terbentuk. Oleh itu, sabun dapat membasahi permukaan kain.