Uji Diri 5.5 – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Apakah perbezaan antara nanosains dan nanoteknologi?

Jawapan:
Nanosains merupakan kajian pengolahan bahan pada skala nano manakala nanoteknologi merupakan pembangunan bahan atau peranti dengan memanfaatkan ciri-ciri zarah nano.


Soalan 2:
Terangkan cara nanoteknologi dapat meningkatkan taraf kehidupan.

Jawapan:
Nanoteknologi dapat meningkatkan taraf kehidupan kerana zarah nano yang berukuran antara 1 hingga 100 nm memungkinkan pelbagai aplikasi dapat dicipta kerana saiznya yang sangat kecil. Sebagai contoh dalam penjagaan kesihatan dapat ditingkatkan dengan penghasilan ubatan atau peranti yang lebih berkesan. Manakala dalam bidang kosmetik penggunaan zarah nano mampu untuk memberikan keputusan yang lebih memuaskan kerana zarah yang sangat kecil ini berkeupayaan untuk menembusi lapisan kulit dengan lebih mudah.


Soalan 3:
Berikan contoh kegunaan nanoteknologi.

Jawapan:
Contoh pengguanaan nanoteknologi:

(a)
Penghasilan semikonduktor dan elektrik:
– Semikonduktor yang lebih kecil dan efisien.
– Sistem pendawaian dengan konduktiviti yang tinggi.

(b)
Perubatan:
– Peranti ujian yang lebih sensitif.
– Sistem penyampaian ubat yang lebih berkesan.

(c)
Tenaga dan elektrik:
– Sel solar yang lebih efisien dan lebih kecil.
– Bateri yang lebih tahan lama.


(d)
Pertanian:
– Racun perosak yang lebih efektif.
– Pembajaan yang lebih cekap dan menyeluruh.

(e)
Tekstil:
– Fabrik kalis air, api dan kotoran.
– Fabrik pelindung sinar UV dan anti kedut.

(f)
Makanan:
– Bahan tambah makanan berskala nano.
– Pembungkus makanan antimikrob.


Soalan 4:
“Grafen sesuai digunakan untuk penurasan bahan”. Terangkan penyataan yang tersebut.

Jawapan:
Grafen mempunyai luas permukaan yang tinggi dan saiz rongga yang hanya membenarkan molekul air melepasinya.