Uji Diri 5.6 – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Hijau?

Jawapan:
Teknologi Hijau merupakan teknologi yang dibangunkan untuk mengurangkan impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar.


Soalan 2:
Mengapakah bahan larutlesapan perlu diolah dalam proses pelupusan sisa pepejal?

Jawapan:
Untuk mengelakkan sumber air bawah tanah daripada tercemar.


Soalan 3:
Senaraikan Teknologi Hijau yang digunakan dalam pengurusan air sisa.

Jawapan:
Penggunaan Teknologi Hijau dalam rawatan air sisa:

(a) Penggunaan bakteria untuk menguraikan bahan berbahaya.

(b) Pengasingan sampah pepejal daripada rawatan air sisa.

(c) Penggunaan bakteria dalam rawatan air sisa.


Soalan 4:
Bagaimanakah Teknologi Hijau dapat memperlahan kesan rumah hijau?

Jawapan:
Penggunaan tenaga solar pada kenderaan dapat mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida yang menyumbang kepada kesan rumah hijau.123