Uji Kendiri 1.1 – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 1 (Pengenalan kepada Kimia)


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan kimia?

Jawapan:
Kimia bermaksud salah satu bidang ilmu sains yang mengkaji tentang struktur, sifat, komposisi dan interaksi antara jirim.


Soalan 2:
Senaraikan lima bahan kimia yang digunakan dalam kehidupan harian.

Jawapan:
Pengawet, vitamin, pestisid, cat, detergen (mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)


Soalan 3:
Berikan satu contoh perkembangan bidang kimia dalam industri.

Jawapan:
Perkembangan teknologi dalam pengawetan makanan (mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)


Soalan 4:
Senaraikan sekurang-kurangnya tiga kerjaya yang berkaitan dengan kimia bagi situasi berikut:

(a) Pencarian penawar untuk penyakit demam denggi.

(b) Penghasilan pokok kelapa sawit dengan kandungan minyak yang tinggi.

Jawapan:
(a) Penyelidik, doktor, ahli farmasi (mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

(b) Penyelidik bioteknologi, petani, jurutera bioteknologi (mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)