Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah saintifik?
Jawapan:
Kaedah saintifik ialah suatu kaedah sistematik yang diguna pakai oleh ahli sains atau penyelidik dalam menyelesaikan masalah berkaitan sains.

Soalan 2:
Mengapakah kaedah saintifik penting dalam bidang kimia? Nyatakan pendapat anda.
Jawapan:
Kaedah saintifik membantu ahli kimia dalam menyelesaikan masalah melalui langkah saintifik yang sistematik. (mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Soalan 3:
Anda diberi satu baldi ketulan ais, sedikit gula, silinder penyukat dan jam randik.
Rancangkan satu eksperimen untuk menentukan sama ada gula meningkatkan kadar pencairan ais.
Jawapan:
(Jawapan murid yang sesuai)
Hipotesis: Penambahan gula dapat meningkatkan kadar pencairan ais.
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jisim gula yang digunakan
Pemboleh ubah bergerak balas: Kadar pencairan ais
Pemboleh ubah dimalarkan: Suhu persekitaran, jenis gula yang digunakan, jisim ais
Prosedur:
1. Sukatkan 200 g ketulan ais dan masukkan ke dalam baldi kecil.
2. Letakkan baldi kecil tersebut di tempat yang teduh selama 5 minit.
3. Sukatkan air yang terhasil dalam baldi tersebut dengan menggunakan silinder penyukat selepas 5 minit.
4. Catatkan bacaan di dalam jadual.
5. Ulang langkah 1 hingga 4 dengan menambahkan 10 g gula, 30 g gula dan 50 g gula.