Uji Kendiri 1.3 – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 1 (Pengenalan kepada Kimia)


Soalan 1:
Senaraikan tiga langkah keselamatan semasa berada di dalam makmal.

Jawapan:
– Tidak boleh bermain di dalam makmal.

– Pakai alat pelindung diri semasa menjalankan eksperimen.

– Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam makmal.

(mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)


Soalan 2:
Berikan fungsi peralatan yang berikut:
(a) Kebuk wasap
(b) Pancuran air
(c) Baju makmal

Jawapan:
(a) Alat direka khas untuk menjalankan eksperimen yang membebaskan wasap beracun, mudah terbakar atau berbau sengit.

(b) Digunakan untuk membasuh dan membersihkan badan apabila kemalangan berlaku pada bahagian badan. Alat ini juga digunakan untuk memadamkan api sekiranya berlaku kebakaran pada bahagian badan.

(c) Digunakan sebagai pelindung untuk badan dan pakaian daripada tumpahan bahan kimia seperti asid, alkali, dan pelarut organik.


Soalan 3:
Bagaimanakah anda menguruskan sisa pepejal seperti kaca dan getah di dalam makmal?

Jawapan:
Sisa pepejal seperti kaca dan getah perlu dibuangkan ke dalam bekas khas.


Soalan 4:
Terangkan bagaimana anda dapat menguji kehadiran gas oksigen dan gas hidrogen.

Jawapan:
Gas oksigen – masukkan kayu uji berbara ke dalam tabung uji, kayu uji berbara akan bernyala.

Gas hidrogen – letakkan kayu uji bernyala di mulut tabung uji, bunyi “pop” akan terhasil.


Soalan 5:
Terangkan bagaimana anda boleh mendapatkan bacaan yang jitu semasa menjalankan pentitratan.

Jawapan:
Ulang proses pentitratan sehingga mendapat sekurang-kurangnya dua nilai isi padu yang perbezaannya tidak melebihi 0.05 cm3.