Soalan 1:
Kadar tindak balas dipengaruhi oleh beberapa faktor.
(a) Nyatakan empat faktor yang boleh mempengaruhi kadar tindak balas.
(b) Logam zink, Zn bertindak balas dengan asid sulfurik, H2SO4 berlebihan mengikut persamaan berikut:
Nyatakan empat cara untuk mempercepat tindak balas ini. Dalam jawapan anda, nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah dimalarkan.
Jawapan:
(a)
larutan bahan tindak balas, saiz bahan tindak balas, suhu dan kehadiran mangkin
(b)(i)
Gunakan serbuk zink untuk menggantikan ketulan zink.
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Saiz ketulan zink
Pemboleh ubah dimalarkan: Suhu, isi padu dan kepekatan asid sulfurik, jisim zink
(ii)
suhu asid sulfurik.
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Suhu asid sulfurik
Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu dan kepekatan asid sulfurik, jisim dan saiz ketulan zink
(iii)
Gunakan asid sulfurik yang lebih pekat.
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kepekatan asid sulfurik
Pemboleh ubah dimalarkan: Suhu, isi padu asid sulfurik, jisim dan saiz ketulan zink
(iv)
Menambah mangkin.
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kehadiran mangkin
Pemboleh ubah dimalarkan: Suhu, isi padu dan kepekatan asid sulfurik, jisim dan luas permukaan zink

Soalan 2:
Empat eksperimen untuk mengkaji tindak balas antara 2 g marmar, CaCO3 dengan 15 cm3 asid hidroklorik, HCl ditunjukkan dalam Rajah 7.17.
(a) Nyatakan perubahan yang dapat diperhatikan dan diukur untuk menentukan kadar tindak balas.
(b) Apakah pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini?
(c) Eksperimen yang manakah mempunyai kadar tindak balas awal yang paling tinggi? Jelaskan jawapan anda.
Jawapan:
(a) Masa untuk pembuakan gas berhenti atau masa untuk semua marmar, CaCO3 tidak kelihatan.
(b) Kepekatan asid hidroklorik, suhu tindak balas dan saiz marmar, CaCO3
(c) Eksperimen IV mempunyai kadar tindak balas yang paling tinggi kerana kepekatan asid hidroklorik lebih tinggi, suhu adalah lebih tinggi dan saiz marmar lebih kecil.