Soalan 1:
Silika digunakan untuk membuat semua jenis kaca.
(a) Nyatakan jenis kaca yang diperbuat daripada silika sahaja.
(b) Kaca soda kapur mengandungi ion logam alkali. Namakan ion tersebut.
Jawapan:
(a) Kaca silika terlakur
(b) Ion natrium

Soalan 2:
Satu sampel kaca borosilikat mempunyai komposisi silika 80%, boron oksida 15% dan alumina 5%. Hitungkan jisim setiap komponen di dalam sampel kaca borosilikat dengan jisim 1.0 kg.
Jawapan:
$$ \begin{aligned} &\begin{aligned} & \text { Jisim silika, } \mathrm{SiO}_2=\frac{80}{100} \times 1000 \mathrm{~g} \\ & =800 \mathrm{~g} \end{aligned}\\ &\text { Jisim boron oksida, } \mathrm{B}_2 \mathrm{O}_3=\frac{15}{100} \times 1000 \mathrm{~g}\\ &=150 \mathrm{~g} \end{aligned} $$
$$ \text { Jisim alumina, } \begin{aligned} \mathrm{Al}_2 \mathrm{O}_3 & =\frac{5}{100} \times 1000 \mathrm{~g} \\ & =50 \mathrm{~g} \end{aligned} $$

Soalan 3:
Mak Aini : Aini, jangan simpan makanan di dalam bekas kaca plumbum.
Aini : Mengapa tak boleh, mak?
Berdasarkan perbualan di atas, jelaskan kelebihan dan kelemahan menggunakan bekas yang diperbuat daripada kaca plumbum.
Jawapan:
Kelebihan:
– Sifat lut sinar membolehkan makanan di dalam bekas dapat dilihat dari luar.
– Mudah dibersihkan dan tidak meninggalkan kesan.
– Rintangan haba yang tinggi.
Kelemahan:
– Berat kerana kaca plumbum mempunyai ketumpatan yang tinggi.
– Berisiko keracunan plumbum, iaitu plumbum boleh melarut atau meresap ke dalam makanan.