Uji Kendiri 8.4 – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8


Soalan 1:
Konkrit merupakan contoh bahan komposit yang digunakan sejak zaman purba.

(a) Apakah maksud bahan komposit?

(b) Adakah konkrit sesuai digunakan untuk membina tiang bangunan? Jelaskan.

(c) Terangkan bagaimana konkrit boleh diperkukuhkan.

(d) Nyatakan dua kegunaan konkrit diperkukuhkan.


Jawapan:
(a) Gabungan dua atau lebih bahan yang bukan homogen.

(b) Tidak sesuai. Konkrit tahan terhadap mampatan tetapi bersifat rapuh disebabkan kekuatan regangan yang lemah.

(c) Kelemahan konkrit terhadap regangan diperkuatkan dengan memasukkan tetulang keluli ke dalam konkrit. Tetulang keluli bersifat tidak rapuh kerana ia tahan terhadap regangan.

(d) Untuk membina jambatan dan bangunan.


Soalan 2:
Kaca gentian diperbuat dengan cara membenamkan gentian kaca ke dalam leburan plastik.

(a) Namakan bahan matriks dan bahan pengukuhan yang membentuk kaca gentian.

(b) Terangkan mengapa kaca gentian sesuai digunakan untuk membina tangki simpanan air.


Jawapan:
(a) Bahan matriks: plastik; Bahan pengukuhan: gentian kaca

(b)
– Mempunyai nisbah kekuatan-berat yang tinggi

– Kuat dan tahan lasak (tahan terhadap daya mampatan dan regangan)

– Tidak mencemarkan air yang disimpan (lengai terhadap bahan kimia)

– Kos pembinaan yang renda


Soalan 3:
Gentian optik telah menggantikan wayar kuprum bagi penghantaran maklumat dan data.

(a) Namakan tiga struktur yang membentuk gentian optik.

(b) Bagaimanakah gentian optik menghantar maklumat dan data?

(c) Bandingkan penggunaan gentian optik dan wayar kuprum untuk membina rangkaian penyiaran TV kabel berdefinisi tinggi.


Jawapan:
(a)
– Jaket pelindung
– Lapisan salutan
– Teras

(b)
Menghantar maklumat dan data dalam bentuk cahaya secara pantulan.

(c)
Penyiaran TV kabel berdefinisi tinggi memerlukan
-kapasiti tinggi
-kelajuan yang tinggi
-jalur lebar yang tinggi

Optik gentian menggunakan cahaya yang boleh menghantar maklumat secara lebih laju berbanding wayar kuprum. Optik gentian mempunyai jalur lebar yang lebih besar berbanding wayar kuprum.


Soalan 4:
Kaca fotokromik merupakan bahan komposit yang selalu digunakan untuk membuat tingkap kereta.

(a) Nyatakan komponen utama di dalam kaca fotokromik.

(b) Komponen yang manakah dalam 4(a) peka terhadap cahaya UV?

(c) Nyatakan dua kegunaan lain kaca fotokromik.


Jawapan:
(a)
Kaca, argentum klorida dan kuprum(I) klorida

(b)
Argentum klorida

(c)
– Membuat tingkap bangunan

– Membuat kanta kamera