Aktiviti 7.3 – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 7

Aktiviti 7.3:
Menyelesaikan masalah penghitungan berkaitan dengan kadar tindak balas

Dalam kehadiran mangan(IV) oksida, MnO2, hidrogen peroksida, H2O2 terurai menjadi air dan oksigen. Gas oksigen yang terbebas dikumpulkan di dalam picagari gas dan isi padu gas direkod pada setiap selang masa 0.5 minit. Data yang diperoleh ditunjukkan dalam Jadual 7.3.



1. Berdasarkan Jadual 7.3, plotkan graf isi padu gas melawan masa.

2. Hitungkan kadar tindak balas purata yang berikut:
(a) Dalam minit pertama
(b) Dalam minit kelima
(c) Bagi keseluruhan tindak balas

3. Hitungkan kadar tindak balas pada masa yang berikut:
(a) 1.5 minit
(b) 4.0 minit


Jawapan:
1.


2.
(a) $$ \frac{(22-0) \mathrm{cm}^3}{(1-0) \mathrm{min}}=22 \mathrm{~cm}^3 \mathrm{~min}^{-1} $$
(b) $$ \frac{(48-45) \mathrm{cm}^3}{(5-4) \mathrm{min}}=3 \mathrm{~cm}^3 \mathrm{~min}^{-1} $$
(c) $$ \frac{50 \mathrm{~cm}^3}{6 \mathrm{~min}}=8.33 \mathrm{~cm}^3 \mathrm{~min}^{-1} $$

3.
(a) 10.62 cm3 min-1
(b) 4.17 cm3 min-1