Uji Kendiri 7.1 – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Terangkan maksud kadar tindak balas.

Jawapan:
Kadar tindak balas ialah perubahan kuantiti bahan tindak balas per unit masa atau perubahan kuantiti hasil tindak balas per unit masa.


Soalan 2:
Kelaskan tindak balas berikut kepada tindak balas cepat atau perlahan.
(a) Fotosintesis
(b) Pembakaran petrol di dalam enjin kereta
(c) Pengaratan pagar besi
(d) Letupan di kilang minyak

Jawapan:
(a) Perlahan
(b) Cepat
(c) Perlahan
(d) Cepat


Soalan 3:
Nyatakan perubahan yang boleh diperhatikan dan diukur untuk menentukan kadar tindak balas dalam contoh tindak balas berikut:
$$ \text { (a) } 2 \mathrm{HCl}(\mathrm{ak})+\mathrm{CaCO}_3(\mathrm{p}) \rightarrow \mathrm{CaCl}_2(\mathrm{ak})+\mathrm{H}_2 \mathrm{O}(\mathrm{ce})+\mathrm{CO}_2(\mathrm{~g}) $$
$$ \text { (b) } \mathrm{H}_2 \mathrm{SO}_4(\mathrm{ak})+\mathrm{Na}_2 \mathrm{~S}_2 \mathrm{O}_3(\mathrm{ak}) \rightarrow \mathrm{Na}_2 \mathrm{SO}_4(\mathrm{ak})+\mathrm{H}_2 \mathrm{O}(\mathrm{ce})+\mathrm{SO}_2(\mathrm{~g})+\mathrm{S}(\mathrm{p}) $$
$$ \text { (c) } 2 \mathrm{SO}_2(\mathrm{~g})+\mathrm{O}_2(\mathrm{~g}) \rightarrow 2 \mathrm{SO}_3(\mathrm{~g}) $$
$$ \text { (d) } \mathrm{H}^{+}(\mathrm{ak})+\mathrm{OH}^{-}(\mathrm{ak}) \rightarrow \mathrm{H}_2 \mathrm{O}(\mathrm{ce}) $$


Jawapan:
(a) Pertambahan isi padu gas karbon dioksida, CO2 terhasil atau pengurangan jisim kalsium karbonat, CaCO3.

(b) Pembentukan mendakan sulfur, S.

(c) Pengurangan tekanan gas.

(d) Pengurangan kekonduksian elektrik atau perubahan nilai pH bagi tindak balas peneutralan


Soalan 4:
Logam bertindak balas dengan asid pada kadar yang berbeza.

Logam + asid → garam + gas hidrogen

Tiga logam berlainan iaitu P, Q dan R bertindak balas dengan 100 cm3 asid secara berasingan. Masa yang diambil untuk mengumpul 50 cm3 gas hidrogen bagi setiap logam direkod dalam Jadual 7.4.


(a) Hitungkan kadar tindak balas purata bagi setiap logam dengan asid.

(b) Berdasarkan jawapan anda bagi 4(a), susun ketiga-tiga logam mengikut tertib kereaktifan menurun. Jelaskan jawapan anda.


Jawapan:
(a)
$$ \begin{aligned} & P: \frac{50 \mathrm{~cm}^3}{60 \mathrm{~s}}=0.83 \mathrm{~cm}^3 \mathrm{~s}^{-1} \\ & Q: \frac{50 \mathrm{~cm}^3}{95 \mathrm{~s}}=0.53 \mathrm{~cm}^3 \mathrm{~s}^{-1} \\ & R: \frac{50 \mathrm{~cm}^3}{20 \mathrm{~s}}=2.50 \mathrm{~cm}^3 \mathrm{~s}^{-1} \end{aligned} $$

(b)
R, P, Q. Lebih tinggi kadar tindak balas, lebih reaktif logam itu.