Uji Kendiri 7.3 – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Isikan tempat kosong.
(a) Daging cepat masak jika dipotong dalam saiz yang _________.

(b) Di dalam peti sejuk, suhu __________ melambatkan pembiakan bakteria yang merosakkan makanan.

(c) Makanan di dalam periuk tekanan cepat masak kerana ___________ yang tinggi.

(d) Batu arang cepat terbakar dalam bentuk serpihan kecil kerana jumlah luas permukaan ___________ lebih besar.


Jawapan:
(a) lebih kecil
(b) rendah
(c) tekanan / suhu
(d) terdedah


Soalan 2:
Dalam industri, ammonia, NH3 dihasilkan daripada gabungan terus antara nitrogen, N2 dan hidrogen, H2. Ammonia, NH3 digunakan untuk membuat baja bernitrogen.

Rajah 7.19 menunjukkan peratusan hasilan ammonia, NH3dalam keadaan berlainan.


(a) Nyatakan kesan ke atas peratusan hasilan ammonia, NH3 dengan penambahan:
(i) suhu
(ii) tekanan

(b) Terangkan kelebihan dan kelemahan penggunaan suhu 350 °C dan 550 °C dalam proses penghasilan ammonia, NH3. Bagaimanakah kelemahan ini dapat diatasi?


Jawapan:
(a)(i)
Lebih tinggi suhu, lebih rendah peratusan ammonia terhasil.

(ii)
Lebih tinggi tekanan, lebih tinggi peratusan ammonia terhasil.

(b)
Suhu rendah (350 °C):
– Peratusan hasilan tinggi; kadar tindak balas rendah

Suhu tinggi (550 °C):
– Peratusan hasilan rendah; kadar tindak balas tinggi

Penambahan mangkin boleh meningkatkan kadar tindak balas, membolehkan tindak balas dijalankan pada suhu yang rendah.


Soalan 3:
Gas ekzos kereta mengandungi gas-gas pencemar yang terbentuk daripada pembakaran bahan api fosil di dalam enjin kereta.

(a) Namakan tiga gas pencemar di dalam ekzos kereta.

(b) Nitrogen, N2 bergabung dengan oksigen, O2 untuk membentuk nitrogen monoksida, NO di dalam enjin kereta. Pada suhu dan tekanan bilik, tindak balas ini berlaku dengan sangat perlahan. Mengapakah tindak balas ini dapat berlaku di dalam enjin kereta?


Jawapan:
(a)
Baki hidrokarbon tak terbakar, karbon monoksida dan nitrogen oksida.

(b)
Di dalam enjin kereta terdapat
– suhu tinggi
– tekanan tinggi

Kedua-dua faktor ini mampu meningkatkan kadar tindak balas.