Uji Kendiri 7.4 – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Teori Kinetik Jirim menyatakan zarah di dalam jirim sentiasa bergerak. Tandakan (√) bagi pernyataan yang benar dan (X) bagi pernyataan yang salah.

(a) Pada suhu tetap, semua zarah bergerak dengan halaju yang sama.

(b) Zarah di dalam pepejal bergerak bebas.

(c) Perlanggaran antara zarah adalah rawak.

(d) Tenaga kinetik zarah bertambah dengan peningkatan suhu.

Jawapan:
(a) X
(b) X
(c) √
(d) √


Soalan 2:
Teori perlanggaran digunakan oleh ahli sains untuk menerangkan bagaimana tindak balas kimia berlaku. Nyatakan dua syarat penting dalam perlanggaran berkesan.

Jawapan:
Perlanggaran berkesan.

– Mempunyai tenaga minimum untuk mengatasi tenaga pengaktifan.

– Berlanggar pada orientasi yang betul untuk pemecahan dan pembentukan ikatan kimia.


Soalan 3:
Mangkin boleh membantu mempercepat tindak balas kimia. Bagaimanakah mangkin dapat mempercepat sesuatu tindak balas kimia?

Jawapan:
– Mangkin menyediakan lintasan tindak balas yang alternatif

– Lintasan alternatif mempunyai tenaga pengaktifan yang lebih rendah

– Lebih banyak zarah bahan tindak balas dapat mengatasi tenaga pengaktifan yang rendah

– Frekuensi perlanggaran berkesan antara zarah-zarah bertambah, maka kadar tindak balas bertambah


Soalan 4:
Semua tindak balas termasuk eksotermik dan endotermik mempunyai tenaga pengaktifan yang mesti diatasi oleh zarah bahan tindak balas.

(a) Apakah yang anda faham tentang istilah tenaga pengaktifan?

(b) Tanda dan labelkan tenaga pengaktifan pada Rajah 7.28.


(c) Lengkapkan pernyataan berikut:

(i) Tindak balas eksotermik __________ haba ke _________.
(ii) Tindak balas endotermik __________ haba dari ___________. 


Jawapan:
(a)
Tenaga pengaktifan ialah tenaga minimum yang mesti diatasi oleh zarah bahan tindak balas untuk tindak balas berlaku.

(b)


(c)(i)
Tindak balas eksotermik membebaskan haba ke persekitaran.

(ii)
Tindak balas endotermik menyerap haba daripada persekitaran.