Penilaian Prestasi 7 (Soalan 3 & 4) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 7


Soalan 3:
Satu enzim penghadam protein digunakan untuk mengkaji kesan perubahan suhu ke atas kadar pencernaan protein di dalam susu. Susunan radas ditunjukkan dalam Rajah 1. Masa diukur ialah masa yang diambil untuk enzim menyingkirkan semua protein dan susu menjadi jernih, iaitu sehingga tanda ‘X’ kelihatan. Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen yang diperoleh.





(a) Nyatakan perubahan yang diperhatikan dan diukur.

(b) Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah dimalarkan.

(c) Masa tindak balas ditentukan dengan mengukur masa, iaitu masa yang diambil untuk larutan susu menjadi jernih.

(i) Apakah hubungan antara kadar tindak balas dengan masa?

(ii) Lengkapkan Jadual 1 dengan menghitung nilai 1/masa.

(iii) Plotkan graf 1/masa melawan suhu.

(iv) Apakah kesimpulan yang anda boleh rumus berdasarkan graf dalam (c)(iii)?
Jelaskan jawapan anda.


Jawapan:
(a)
Perubahan keamatan kekeruhan larutan susu. Masa yang diambil untuk tanda ‘X” kelihatan.

(b)
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Suhu

Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis mangkin, isi padu dan kepekatan larutan susu, saiz tabung didih, kertas bertanda ‘X’

(c)(i)
Kadar tindak balas berkadar songsang dengan masa, iaitu kadar = 1/masa.


(ii)



(iii)


(iv)
Kadar tindak balas meningkat dan kemudian menurun dengan penambahan suhu.

Pada peringkat awal, kadar tindak balas meningkat kerana
(i) kehadiran mangkin mempercepat kadar tindak balas

(ii) kenaikan suhu mempercepat kadar tindak balas

Pada peringkat akhir, kadar tindak balas menurun kerana
(i) enzim berfungsi optimum pada suhu 37oC (suhu badan)

(ii) enzim menjadi terdenaturasi pada suhu tinggi dan hilang kebolehan untuk mempercepat kadar tindak balas


Soalan 4:
Teori perlanggaran menjelaskan bagaimana zarah bahan tindak balas berinteraksi untuk menyebabkan tindak balas berlaku dan hasil tindak balas terbentuk.

(a) Apakah dua prinsip utama dalam teori perlanggaran?

(b) Dinitrogen monoksida, N2O, dikenali sebagai laughing gas (gas ketawa) dihasilkan daripada tindak balas berikut:


(i) Imbangkan persamaan di atas.

(ii) Lukiskan gambar rajah profil tenaga bagi tindak balas yang berlabel lengkap termasuk tenaga pengaktifan.


(c) Dinitrogen monoksida, N2O bertindak balas dengan nitrogen monoksida, NO untuk membentuk nitrogen, N2 dan nitrogen dioksida, NO2.


Bahan tindak balas, dinitrogen monoksida, N2O dan nitrogen monoksida, NO perlu berlanggar pada orientasi yang betul untuk menghasilkan perlanggaran berkesan dan tindak balas berlaku. Rajah 2 menunjukkan susunan atom bahan dan hasil tindak balas.


Lukiskan orientasi zarah bahan tindak balas, dinitrogen monoksida, N2O dan nitrogen monoksida, NO, yang menghasilkan perlanggaran berkesan.


Jawapan:
(a) 
– Zarah bahan tindak balas mesti berlanggar untuk tindak balas berlaku.

– Kadar tindak balas bergantung kepada frekuensi perlanggaran berkesan.

(b)(i)




(b)(ii)



(c)