Uji Kendiri 8.3 – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8


Soalan 1:
Isikan tempat kosong berikut:
(a) Seramik merupakan unsur pepejal bukan _____________ dan sebatian bukan ______________.

(b) Berikan tiga contoh bahan yang membentuk seramik.

Jawapan:
(a) logam; organik

(b) Karbon, titanium karbida, silikon karbida


Soalan 2:
Silikon karbida merupakan contoh seramik termaju yang mempunyai struktur dan sifat kekerasan seperti berlian. Bolehkah silikon karbida digunakan untuk membuat gelas minuman? Terangkan.

Jawapan:
Boleh
-Keras dan kuat, iaitu tidak mudah pecah.

-Lengai terhadap tindak balas kimia, iaitu selamat untuk digunakan.

-Mempunyai pekali pengembangan rendah atau tahan haba, iaitu tahan kejutan terma

Tidak boleh 
-Mahal untuk dihasilkan

-Tidak bersifat lut sinar


Soalan 3:
Kaolin merupakan tanah liat putih yang digunakan untuk membuat tembikar putih. Apakah bahan yang perlu ditambah untuk menghasilkan tembikar berwarna hijau? Jelaskan.

Jawapan:
Ferum(II) oksida. Sebatian ferum(II) mengandungi ion Fe2+ yang memberikan warna hijau.