Soalan 1:
Minyak dan lemak terhasil daripada tindak balas antara asid lemak dan gliserol.
Rajah 1 menunjukkan struktur asid lemak P.
(a) Nyatakan jenis lemak yang terhasil apabila asid lemak P bertindak balas dengan gliserol.
(b) Minyak atau lemak yang mengandungi asid lemak P lebih mudah dioksidakan dan rosak apabila terdedah kepada udara. Terangkan mengapa.
Jawapan:
(a) Lemak tak tepu
(b) Ikatan ganda dua pada asid lemak P mudah bertindak balas dengan oksigen dalam udara seterusnya dioksidakan.

Soalan 2:
(a) Persamaan di bawah menunjukkan tindak balas dalam penyediaan sabun di makmal.
Minyak sawit + Natrium hidroksida pekat → Natrium palmitat(sabun) + Gliserol
(i) Apakah nama tindak balas ini?
(ii) Apakah siri homolog bagi minyak sawit?
(b) Seorang murid ingin menyediakan sabun kalium palmitat.
Apakah alkali yang perlu digunakannya?
Jawapan:
(a)(i) Saponifikasi
(a)(ii) Ester
(b) Kalium hidroksida

Soalan 3:
Rajah 2 menunjukkan hasil cucian baju yang mempunyai kotoran bergris dengan menggunakan dua jenis agen pencuci A dan B yang berbeza.
(a) Nyatakan jenis agen pencuci A dan agen pencuci B.
(b) Berdasarkan Rajah 2, banding beza tindakan pencucian bagi kedua-dua agen pencuci itu di dalam air liat. Terangkan jawapan.
Jawapan:
(a)
Pencuci A : Detergen
Pencuci B: Sabun
(b)
Tindakan pencucuian bahan pencuci A berkesan dalam air liat manakala pencuci B kurang berkesan dalam air liat.
Air liat mengandungi ion Ca2+ dan ion Mg2+.
Anion-anion bahan pencuci B bergabung dengan ion-ion itu dan membentuk kekat iaitu garam yang tidak larut.
Bahan pencuci A tidak membentuk kekat.