Ujian Pencapaian 5 (Soalan 4 – 7) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Soalan 4:
Jadual 1 menunjukkan maklumat yang terdapat pada label tiga jenis makanan. P, Q dan R ialah bahan tambah makanan.


Berdasarkan label pada bekas makanan dalam Jadual 1:

(a) Nyatakan nama bahan tambah makanan P, Q dan R.

(b) Kenal pasti jenis bahan tambah makanan itu dan fungsi masing-masing. 


Jawapan:
(a)
P – gula Q – asid benzoik R – pektin

(b)
P – pengawet atau perisa

Fungsi pengawet: 
– Menghalang atau melambatkan pertumbuhan bakteria atau kulat supaya makanan dapat disimpan lebih lama. Perisa

– Menggantikan rasa asli yang hilang semasa pemprosesan.

– Menambahkan rasa atau bau harum untuk menyedapkan makanan.

Q – pengawet
– Menghalang atau melambatkan pertumbuhan bakteria atau kulat supaya makanan dapat disimpan lebih lama.

R – penstabil
– Memberikan tekstur yang sekata dan licin.


Soalan 5:
Jadual 2 menunjukkan maklumat tentang dua jenis ubat antimikrob X dan Y.


(a) Namakan jenis ubat X dan Y.
(b) Apakah tindakan yang perlu diambil untuk memastikan bahawa pengambilan ubat Y berkesan? Berikan alasan anda.


Jawapan:
(a)
Ubat X – antiseptik
Ubat Y – antibiotik

(b)
Ubat Y perlu dihabiskan supaya semua bakteria dibunuh. Jika tidak dihabiskan, dos ubat yang lebih tinggi diperlukan jika dijangkiti penyakit yang sama pada masa depan.


Soalan 6:


Gambar foto 1 menunjukkan losyen penghalang cahaya matahari yang menggunakan nanoteknologi.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan nanoteknologi?

(b) Terangkan kelebihan penggunaan nanoteknologi bagi losyen penghalang cahaya matahari.

(c) Nyatakan dua kegunaan nanoteknologi yang lain.


Jawapan:
(a)
Nanoteknologi merupakan pembangunan bahan atau peranti dengan memanfaatkan ciri-ciri zarah nano.

(b)
Sapuan krim lebih sekata menyelaputi kulit untuk perlindungan yang lebih baik.

(c)
Kegunaan nanoteknologi:
– Penghasilan kenderaan tanpa pemandu

– Penghasilan komponen barangan elektrik.


Soalan 7:
Pencemaran sumber air dapat disebabkan oleh larutlesapan pusat pelupusan sampah atau daripada pembuangan air sisa yang tidak dirawat.

(a) Terangkan langkah untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan Teknologi Hijau.

(b) Huraikan kelebihan menggunakan Teknologi Hijau dalam proses pengolahan air sisa.

(c) Enapcemar merupakan bahan yang terhasil daripada proses pengolahan air sisa. Bagaimanakah bahan enapcemar ini dapat memberikan manfaat kepada manusia?


Jawapan:
(a) Sampah dilupuskan menggunakan sistem olahan larutlesapan yang dapat mengawal larutlesapan daripada mencemar sumber air bawah tanah.

(b) Bahan kimia berbahaya dapat diuraikan terlebih dahulu dan air sisa dirawat sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Ini membolehkan efluen yang dialirkan ke sungai terawat dan lebih bersih.

(c) Bahan enapcemar dapat diolah untuk dijadikan baja atau bahan untuk penghasilan biogas.