Aktiviti 4D – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 4


Aktiviti 4D:
Bincangkan soalan yang berikut secara berpasangan dan catatkan jawapan ke dalam buku nota anda.

(i) Apakah nama IUPAC bagi monomer getah asli?

(ii) Terangkan ciri yang terdapat pada zarah getah yang menghalang getah daripada menggumpal.

(iii) Sarung tangan getah ialah salah satu produk daripada getah asli. Terangkan ciri-ciri getah asli yang membolehkan sarung tangan getah dihasilkan dan digunakan.


Jawapan:
(i) 2-metilbut-1,3-diena

(ii) Membran protein pada zarah getah bercas negatif yang menyebabkan zarah-zarah getah menolak antara satu sama lain.

(iii) Ciri-ciri getah
(a) Lembut pada suhu bilik untuk membolehkan penggunaan yang mudah.
(b) Kenyal membolehkan sarung tangan getah mudah dipakai.
(c) Kalis air membolehkan tangan dilindungi dari unsur luaran.