Eksperimen 4A (Penggumpalan Lateks):
Tujuan: Mengkaji proses penggumpalan lateks dan cara mengelakkan penggumpalan.
Penyataan masalah: Adakah asid menyebabkan lateks menggumpal dan alkali menghalang penggumpalan lateks?
Hipotesis: Kehadiran asid menyebabkan lateks menggumpal manakala kehadiran alkali menghalang penggumpalan lateks.
Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasi : Asid etanoik, CH3COOH dan larutan ammonia, NH3.
(b) Pemboleh ubah bergerak balas : Penggumpalan lateks.
(c) Pemboleh ubah dimalarkan : Isi padu lateks.
Bahan: Lateks, asid etanoik, CH3COOH 1.0 mol dm−3 dan larutan ammonia, NH3 1.0 mol dm−3.
Radas: Bikar, silinder penyukat, rod kaca dan penitis.
Prosedur:
1. Labelkan bikar dengan label A, B dan C.
2. Sukat 20 cm3 lateks dengan menggunakan silinder penyukat dan tuangkan ke dalam setiap bikar.
3. Sukat 2 cm3 asid etanoik, CH3COOH dengan menggunakan silinder penyukat dan tuangkan ke dalam bikar berlabel A sambil mengacau dengan menggunakan rod kaca secara berterusan.
4. Langkah 3 diulangi dengan menggantikan asid etanoik dengan larutan ammonia, NH3 bagi bikar berlabel B manakala bikar berlabel C dijadikan sebagai kawalan.
5. Pemerhatian direkodkan.
Pemerhatian: Bina jadual bersesuaian untuk merekod pemerhatian anda.
Perbincangan:
1. Bahan yang manakah menyebabkan getah menggumpal dan bahan yang manakah dapat menghalang getah menggumpal?
2. Terangkan pemerhatian anda pada bikar C.
3. Apakah bahan yang boleh digunakan untuk menggantikan asid etanoik, CH3COOH dan larutan ammonia, NH3?
Kesimpulan:
Adakah hipotesis dapat diterima? Apakah kesimpulan untuk eksperimen ini?
Jawapan:
1. Asid etanoik menyebabkan getah menggumpal dan larutan ammonia menghalang getah dari menggumpal.
2. Getah menggumpal dalam bikar C setelah dibiarkan seketika. Bakteria di udara memasuki lateks dan merembeskan asid laktik yang menyebabkan getah menggumpal.
3. Asid metanoik dan larutan barium hidroksida.