Aktiviti Makmal 4B (Menghasilkan Produk daripada Lateks) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 4


Aktiviti Makmal 4B (Menghasilkan Produk daripada Lateks):
Tujuan : Menghasilkan produk daripada lateks.

Bahan : Lateks dan asid etanoik, CH3COOH.

Radas : Bikar, rod kaca dan silinder penyukat.

Prosedur:
1. Sukat 200 cm3 lateks dengan menggunakan silinder penyukat dan tuangkannya ke dalam bikar.

2. Sukat 5 cm3 asid etanoik, CH3COOH dengan menggunakan silinder penyukat dan tuangkannya ke dalam lateks.

3. Kacau lateks dengan menggunakan rod kaca.


4. Biarkan rod kaca seketika di dalam lateks bagi membolehkan lapisan lateks terbentuk pada rod kaca.

5. Keluarkan rod kaca daripada lateks dan keringkan seketika.

6. Celupkan rod kaca ke dalam lateks sekali lagi untuk membentuk lapisan lateks yang lebih tebal.

7. Ulangi langkah 5 dan 6 sehingga memperoleh ketebalan lateks yang dikehendaki.

8. Keluarkan rod kaca daripada lateks dan biarkan kering selama beberapa hari.

9. Tanggalkan lapisan lateks yang kering daripada rod kaca untuk mendapat tiub getah.


Perbincangan:
1. Namakan produk lain yang dapat dihasilkan dengan menggunakan kaedah ini.

2. Bolehkah tiub yang dihasilkan disimpan untuk jangka masa yang lama? Terangkan.

3. Nyatakan ciri produk yang terhasil dalam aspek yang berikut:
(a) Kekenyalan.
(b) Kekerasan.
(c) Ketahanan terhadap haba.


Jawapan:
1. Sarung tangan getah.

2. Tidak. Produk dari getah asli mudah dioksidakan.

3.
(a)
Kekenyalan:
Kurang kenyal, boleh diregangkan tetapi tidak akan kembali kepada saiz asal.

(b) Kekerasan:
Lembut dan kurang keras

(c) Ketahanan terhadap haba:
Tidak tahan terhadap haba.