Aktiviti Makmal 4C ( Pemvulkanan Getah):
Tujuan : Menghasilkan getah tervulkan.
Bahan : Lateks, asid etanoik, CH3COOH dan larutan disulfur diklorida, S2Cl2 dalam metilbenzena, C7H8.
Radas : Bikar, penitis, kaki retort, jubin putih, klip, pisau dan silinder penyukat.
Prosedur:
1. Sukat 25 cm3 lateks dengan silinder penyukat dan tuangkannya ke dalam bikar.
2. Titiskan 3-5 titis asid etanoik, CH3COOH dengan menggunakan penitis ke dalam lateks dan kacau dengan menggunakan rod kaca.
3. Tuangkan lateks ke atas jubin putih dan ratakannya dengan menggunakan rod kaca seperti dalam Rajah 4.9.
4. Getah di atas jubin dibiarkan kering selama dua hari.
5. Potong getah yang dikeringkan pada jubin kepada kepingan kecil dengan menggunakan pisau.
6. Celupkan kepingan tersebut ke dalam larutan disulfur diklorida, S2Cl2.
7. Keringkan kepingan getah dengan menggantungkannya pada kaki retort.
Perbincangan:
1. Apakah fungsi asid etanoik, CH3COOH?
2. Mengapakah lateks perlu diratakan selepas dituang ke atas jubin putih?
3. Bagaimanakah anda mengetahui getah tervulkan sudah berjaya dihasilkan?
Jawapan:
Perbincangan:
1. Asid etanoik adaalah bahan penggumpal untuk menggumpalkan lateks.
2. Untuk mendapat ketebalan yang sekata.
3. Kepingan getah yang terhasil lebih keras dan lebih tahan haba.