Uji Diri 4.3 – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan getah sintetik?

Jawapan:
Sejenis polimer sintetik yang bersifat elastomer atau polimer elastik.


Soalan 2:
Sarung tangan pembedahan dapat dihasilkan dengan menggunakan getah asli atau getah sintetik.

(a) Namakan getah sintetik yang dapat digunakan untuk menghasilkan sarung tangan pembedahan.

(b) Bagaimanakah ciri sarung tangan pembedahan daripada getah asli berbeza daripada yang dihasilkan menggunakan getah sintetik?


Jawapan:
(a) Getah nitril

(b) Lebih tahan terhadap minyak dan bahan pelarut.


Soalan 3:
“Getah sintetik lebih tahan lama dan tidak mudah diuraikan secara semula jadi.” Wajarkan penggunaan getah sintetik dalam menghasilkan pelbagai barangan.

Jawapan:
– Getah sintetik lebih tahan haba dan tahan pelelasan untuk membolehkan bahan seperti tayar dihasilkan

– Getah sintetik tidak mudah terurai secara semulajadi boleh menyebabkan pencemaran.

– Getah sintetik perlu dilupuskan secara sistematik agar pencemaran dapat dielakkan.