Ujian Pencapaian 4 – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Pempolimeran ialah proses penghasilan molekul rantai panjang daripada monomer.

(a) Lukiskan monomer bagi polivinil klorida (PVC).

(b) Apakah jenis pempolimeran yang terlibat dalam penghasilan PVC?

(c) Jadual di bawah menunjukkan maklumat tentang polietena dan monomernya.


(i) Nyatakan satu kegunaan polietena.
(ii) Terangkan perbezaan keadaan fizikal antara etena dan polietena.


Jawapan:
(a)


(b) Pempolimeran penambahan.

(c) Penghasilan botol plastik

(d) Polimer mempunyai takat lebur dan didih yang lebih tinggi berbanding monomer disebabkan oleh daya tarikan antara molekul yang lebih kuat di antara rantai polimer.


Soalan 2:
Polimer dapat dibahagikan kepada polimer semula jadi dan polimer sintetik.

(a) Berikan contoh bagi setiap jenis polimer yang tersebut.

(b) Terangkan perbezaan antara polimer semula jadi dan polimer sintetik.

(c) Melamina ialah sejenis polimer sintetik termoset.
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan polimer termoset?
(ii) Nyatakan keburukan penggunaan polimer termoset.


Jawapan:
(a)
Polimer semulajadi: poliisoprena
Polimer sintetik: Polivinil klorida (PVC)

(b) Polimer semulajadi ditemui dari alam semulajadi manakala polimer sintetik dihasilkan oleh manusia melalui tindak balas kimia.

(c)(i) Polimer termoset merupakan sejenis polimer yang tidak dapat diacu semula selepas dipanaskan.

(c)(ii) Sukar terurai secara semulajadi dan sukar dilupuskan.


Soalan 3:
Seorang pelajar menjalankan eksperimen untuk mengkaji kekenyalan getah asli dan getah tervulkan menggunakan kepingan getah dengan saiz yang sama.
Rajah 1 menunjukkan pemerhatian yang diperoleh daripada eksperimen tersebut.


(a) Berdasarkan pemerhatian, kepingan yang manakah yang merupakan kepingan getah asli? Terangkan jawapan anda.

(b) Kepingan yang manakah yang akan terputus terlebih dahulu sekiranya jisim pemberat terus ditambah?


Jawapan:
(a) Jalur getah M kerana getah asli adalah lebih lembut, mudah diregang dan kurang kenyal.

(b) Kepingan getah M.