Eksperimen 1E ( Kesan Logam Lain ke atas Pengaratan) :
Tujuan: Mengkaji kesan logam yang bersentuh dengan besi ke atas pengaratan besi.
Penyataan masalah: Bagaimanakah logam yang berbeza yang bersentuh dengan besi mempengaruhi pengaratan besi?
Hipotesis: Apabila logam yang lebih elektropositif bersentuh dengan paku besi, paku besi tidak berkarat. Apabila logam yang kurang elektropositif bersentuh dengan paku besi, paku besi berkarat.
Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Logam yang berbeza dililit pada paku besi.
(b) Pemboleh ubah bergerak balas : Pengaratan besi.
(c) Pemboleh ubah dimalarkan : Paku besi.
Bahan: Larutan agar-agar, fenolftalein, larutan kalium heksasianoferat(III), K3Fe(CN)6, paku besi, pita magnesium, Mg, jalur stanum, Sn, jalur zink, Zn dan jalur kuprum, Cu.
Radas: Tabung uji, rak tabung uji dan kertas pasir
Prosedur:
1. Labelkan lima tabung uji P, Q, R, S dan T.
2. Gosok lima paku besi, pita magnesium, jalur stanum, jalur zink dan jalur kuprum dengan kertas pasir.
3. Lilit empat paku besi masing-masing dengan pita magnesium, jalur stanum, jalur zink dan jalur kuprum.
4. Masukkan setiap pasang logam ke dalam tabung uji P, Q, R dan S seperti Rajah 1.42. Paku besi yang tidak dililit dengan sebarang logam dimasukkan ke dalam tabung uji T.

5. Tuangkan campuran agar-agar panas, larutan kalium heksasianoferat(III), K3Fe(CN)6 dan fenolftalein ke dalam setiap tabung uji sehingga paku besi ditenggelamkan sepenuhnya.
6. Letakkan semua tabung uji ke dalam rak tabung uji dan biarkan selama sehari.
7. Rekodkan pemerhatian.
Keputusan:
Bina jadual untuk merekodkan pemerhatian anda.
Perbincangan:
1. Apakah fungsi larutan kalium heksasianoferat(III), K3Fe(CN)6 dan fenolftalein dalam eksperimen ini?
2. Terangkan sebab agar-agar digunakan dalam eksperimen ini, bukannya air.
3. Nyatakan hubungan antara keamatan warna biru dengan kadar pengaratan berlaku.
4. Nyatakan fungsi tabung uji T.
5. Berdasarkan keputusan eksperimen ini, kelaskan logam yang dapat mencegah pengaratan besi dan logam yang dapat mempercepat pengaratan besi.
6. Apakah hubungan antara keelektropositifan suatu logam bersentuh dengan besi ke atas pengaratan besi?
7. Adakah hipotesis diterima? Tuliskan kesimpulan bagi eksperimen ini.
Jawapan:
Keputusan:

1. Larutan kalium heksasianoferat(III) digunakan untuk menentusahkan kehadiran ion Fe2+ dan fenolftalein mengesan kehadiran ion OH−.
2. Tompokan biru dan tompokan merah jambu dapat dilihat dengan jelas dan warnanya tidak bercampur.
3. Semakin tinggi keamatan warna biru semakin tinggi kadar pengaratan paku besi.
4. Sebagai kawalan.
5.

6. Logam yang lebih elektropositif daripada besi mencegah pengaratan besi manakala logam yang kurang elektropositif daripada besi meningkatkan kadar pengaratan besi.
7. Hipotesis diterima. Apabila logam yang lebih elektropositif bersentuh dengan paku besi, paku besi tidak berkarat manakala logam yang kurang elektropositif bersentuh dengan paku besi, paku besi berkarat.