Aktiviti 1L:
Jalankan aktiviti secara berkumpulan.
1. Imbas kod QR untuk menonton video tentang pengekstrakan aluminium menggunakan elektrolisis.
2. Berdasarkan maklumat dalam video, bincangkan:
(a) Persamaan ion bagi tindak balas yang berlaku.
(b) Persamaan kimia keseluruhan bagi tindak balas yang terlibat.
(c) Adakah pengekstrakan aluminium merupakan satu tindak balas redoks?
Catatkan perbincangan anda dalam buku nota anda.
Jawapan:
2.(a) Semasa elektrolisis leburan aluminium oksida, ion Al3+ bergerak ke elektrod katod manakala ion O2− bergerak ke anod. Ion Al3+ dinyahcas membentuk aluminium manakala ion O2− diyahcas membentuk gas oksigen.
Setengah persamaan di katod : Al3+ + 3e− → Al
Setengah persamaan di anod : 2O2− → O2 + 4e−
Persamaan ion : 4Al3+ + 6O2− → 4Al + 3O2
2.(b) Oleh kerana elektrolisis leburan aluminium oksida dijalankan pada suhu yang tinggi maka gas oksigen yang terhasil di anod bertindak balas dengan elektrod karbon membentuk gas karbon dioksida. Oleh itu anod karbon menjadi nipis dan perlu diganti dari semasa ke semasa.
Persamaan kimia bagi tindak balas yang terlibat:
2Al2O3 → 4Al + 3O2
O2 + C → CO2−
2.(c)
– Ya. Tindak balas pengoksidaan di anod dan tindak balas penurunan di katod berlaku serentak.
– Di anod, ion O2− mengalami tindak balas pengoksidaan kerana ion O2− membebaskan elektron membentuk molekul oksigen.
– Di katod, ion Al3+ mengalami tindak balas penurunan kerana ion Al3+ menerima elektron membentuk atom aluminium