Eksperimen 1D (Kakisan Logam yang Berlaku pada Kuprum dan Besi) :
Tujuan: Mengkaji kakisan logam yang berlaku pada kuprum dan besi.
Penyataan masalah: Adakah kakisan logam dapat berlaku pada kuprum dan besi?
Hipotesis: Logam kuprum terkakis menghasilkan mendakan biru dan logam besi yang terkakis menghasilkan mendakan perang.
Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Logam kuprum dan besi.
(b) Pemboleh ubah bergerak balas : Kehadiran mendakan biru dan perang.
(c) Pemboleh ubah dimalarkan : Larutan garam.
Bahan: 20 cm dawai kuprum, 20 cm dawai besi, larutan natrium klorida, NaCl 0.5 mol dm−3, larutan kalium klorida, KCl 0.05 mol dm−3 dan larutan natrium hidroksida, NaOH 0.5 mol dm−3.
Radas: Tabung uji, rak tabung uji, kertas pasir, bikar, tungku kaki tiga, kasa dawai dan penunu Bunsen.
Prosedur:
1. Gosok dawai kuprum dan dawai besi dengan menggunakan kertas pasir.
2. Gulung dawai kuprum dan dawai besi sebelum dimasukkan ke dalam dua tabung uji berasingan.
3. Tambah 12 cm3 larutan natrium klorida, NaCl 0.5 mol dm−3, 6 cm3 larutan kalium klorida, KCl 0.05 mol dm−3 dan 2 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH 0.5 mol dm−3 ke dalam sebuah bikar. Panaskan campuran.
4. Tuang campuran ini ke dalam tabung uji sehingga menutupi logam seperti pada Rajah 1.40.

5. Letakkan kedua-dua tabung uji di atas rak tabung uji dan biarkan selama tiga hari.
6. Rekodkan semua pemerhatian.
Keputusan:
Rekodkan pemerhatian dan inferens anda dalam jadual yang bersesuaian.
Perbincangan:
1. Apakah tujuan larutan natrium hidroksida, NaOH digunakan dalam eksperimen ini?
2. Berdasarkan pemerhatian dalam eksperimen ini, tuliskan setengah persamaan bagi tindak balas yang berlaku.
3. Apakah kesimpulan bagi eksperimen ini?
Jawapan:
Keputusan:

1. Mengesan kehadiran ion Cu2+ dan ion Fe2+.
2.
Kuprum: Cu → Cu2+ + 2e−
Ferum :
Fe → Fe2+ + 2e−
Fe2+ → Fe3+ + e−
3. Kakisan logam berlaku apabila atom logam membebaskan elektron membentuk ion logam.