Eksperimen 5A – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Eksperimen 5A:
Tujuan: Membandingkan keberkesanan tindakan pencucian sabun dan detergen di dalam air liat.

Penyataan masalah: Adakah sabun mencuci dengan lebih berkesan daripada detergen di dalam air liat?

Hipotesis: Cadangkan satu hipotesis untuk eksperimen ini.

Pemboleh ubah: Tentukan semua pemboleh ubah dalam eksperimen ini.

Bahan: Air liat, sabun, detergen, kain dengan kotoran berminyak.

Radas: Bikar, silinder penyukat, spatula, rod kaca dan penimbang elektronik.

Prosedur:
Dengan menggunakan radas dan bahan yang dibekalkan, rancangkan satu eksperimen untuk membandingkan keberkesanan tindakan pencucian sabun dan detergen di dalam air liat.

Keputusan:
Rekodkan semua pemerhatian dalam jadual.

Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Tuliskan kesimpulan bagi eksperimen ini.


Jawapan:
Hipotesis: Detergen lebih berkesan di dalam air liat berbanding sabun.

Pemboleh ubah:
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Sabun dan detergen

Pemboleh ubah bergerak balas : Keberkesanan pencucian

Pemboleh ubah dimalarkan : Isi padu air liat


Prosedur:
1. Tuang 50 cm3 air liat ke dalam sebuah bikar.

2. Timbangkan 5 g serbuk sabun dan tuang ke dalam bikar tersebut.

3. Masukkan sehelai kain dengan kotoran minyak ke dalam bikar itu.

4. Cuci kain tersebut.

5. Rekodkan pemerhatian.

6. Ulangi langkah 1 hingga 5 menggunakan cecair detergen.