Semakin tinggi kepekatan larutan, semakin tinggi kadar tindak balas.
Eksperimen
Dengan mengukur masa yang diambil untuk pembentukan mendakan sulfur (pepejal kuning) apabila asid sulfurik, H2SO4 bertindak balas dengan natrium thiosulfat (VI), Na2S2O3 dengan kepekatan yang berbeza, kita boleh menyiasat kesan kepekatan bahan tindak balas kepada kadar tindak balas.
Persamaan Kimia
H2SO4 + Na2S2O3 → Na2SO4 + S + SO2 + H2O
Prosedur
- 50 cm3 larutan natrium thiosulfat 0.2 mol dm-3 + 10 cm3 asid sulfurik 0.5 mol dm-3.
- Masa yang diambil untuk tanda ̔X diletakkan di bawah kelalang kon hilang daripada penglihatan direkodkan.
- Eksperimen diulangi dengan menggunakan larutan natrium thiosulfat berkepekatan 0.4 mol dm-3, 0.6 mol dm-3, 0.8 mol dm-3 dan 1.0 mol dm-3.