Proses Ostwald
Pengenalan
- Dalam industri, asid nitrik dihasilkan oleh pengoksidaan ammonia dengan platinum yang dipanaskan sebagai mangkin.
- Pengoksidaan ammonia menghasilkan oksida nitrogen yang kemudiannya boleh dilarutkan di dalam air untuk menghasilkan asid nitrik.
Tindak Balas
- Pada mulanya, nitrogen (II) oksida dibentuk daripada pengoksidaan ammonia menggunakan platinum sebagai mangkin.
Ammonia + Oksigen→ Nitrogen(II) Oksida+ Stim
4NH3 (g) + 5O2 (g) → 4NO (g) + 6H2O (g) - Nitrogen(II) oksida disejukkan dengan cepat sebelum bergabung dengan oksigen (dari udara yang berlebihan) untuk membentuk nitrogen (IV) oksida.
2NO (g) + O2 (g) → 2NO2 (g) - Nitrogen(IV) oksida bercampur dengan udara yang berlebihan, kemudian bertindak balas dengan air untuk membentuk asid nitrik.
Nitrogen(IV) Oksida + Oksigen (udara) + Air → Asid Nitrik
4NO2 (g) + O2 (g) + 2H2O (ce) → HNO3 (ak)
Kegunaan Asid Nitrik
- Kebanyakan asid nitrik yang dibuat dalam industri digunakan untuk membuat baja yang penting, seperti ammonium nitrat.
- Penggunaan lain asid nitrik termasuk membuat bahan letupan, seperti nitrogliserin, atau TNT (trinitrotoluene), dan membuat pewarna.
- Pewarna moden seperti pewarna azo, boleh dibentuk dengan penurunan pelbagai sebatian nitrogen.