Uji Diri 1.5 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1 (Keseimbangan Redoks)


Soalan 1:
Namakan logam yang wujud sebagai unsur.

Jawapan:
Argentum dan aurum.


Soalan 2:
Terangkan sebab aluminium tidak dapat diekstrak dengan menggunakan tindak balas penurunan oleh karbon.

Jawapan:
– Kedudukan aluminium lebih atas daripada karbon dalam siri kereaktifan logam.

– Tindak balas antara aluminium oksida dan karbon tidak berlaku.

– Karbon tidak dapatkan menurunkan aluminium oksida.


Soalan 3:
Besi diekstrak dengan menggunakan relau bagas:

(a) Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas redoks yang menghasilkan leburan besi.

(b) Apakah fungsi kalsium karbonat dalam proses pengekstrakan besi?

Jawapan:
(a) $$ 2 \mathrm{Fe}_2 \mathrm{O}_3+3 \mathrm{C} \rightarrow 4 \mathrm{Fe}+3 \mathrm{CO}_2 $$


(b)
– Pada suhu yang tinggi, kalsium karbonat, CaCO3 terurai membentuk kalsium oksida, CaO (kapur tohor) dan karbon dioksida, CO2.

– Kalsium oksida, CaO bertindak balas dengan bendasing dalam bijih besi seperti silikon(IV) oksida, SiO2 untuk membentuk sanga atau kalsium silikat, CaSiO3.

– Tindak balas ini penting untuk mengasingkan bendasing dari leburan besi.

– Perbezaan ketumpatan menyebabkan sanga berada di lapisan atas leburan besi dan memudahkan proses pengasingan.


Soalan 4:
Namakan logam yang dapat digunakan untuk mengekstrak kuprum daripada kuprum(II) oksida. Terangkan jawapan anda.

Jawapan:
– Zink (atau Magnesium / Aluminium / Ferum / Stanum / Plumbum)

– Zink adalah lebih reaktif daripada kuprum.

– Zink boleh menurunkan kuprum(II) oksida kepada kuprum.