Ujian Pencapaian 1 (Soalan 3 – 5) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1 (Keseimbangan Redoks)


Soalan 3:


Rajah 1 menunjukkan susunan radas dan pemerhatian bagi eksperimen yang mengkaji penyesaran logam daripada larutan garamnya.

(a) Cadangkan larutan X(NO3)2 yang sesuai dan namakan pepejal perang yang terenap di dasar tabung uji.

(b) Tuliskan setengah persamaan pengoksidaan dan setengah persamaan penurunan.

(c) Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas redoks yang berlaku.

(d) Nyatakan perubahan nombor pengoksidaan bagi X dalam eksperimen ini.


Jawapan:
(a) Larutan kuprum(II) nitrat
Kuprum

(b) Setengah persamaan pengoksidaan : Pb → Pb2+ + 2e
Setengah persamaan penurunan : Cu2+ + 2e → Cu

(c) $$ \mathrm{Pb}+\mathrm{Cu}^{2+} \rightarrow \mathrm{Pb}^{2+}+\mathrm{Cu} $$

(d) +2 kepada 0


Soalan 4:
Jadual 1 menunjukkan keputusan bagi eksperimen mengkaji penyesaran halogen daripada larutan halidanya.


(a) Namakan gas halogen yang dialirkan ke dalam tabung uji dalam eksperimen ini.

(b) Nyatakan hasil tindak balas yang dapat dikesan oleh diklorometana, CH2Cl2.

(c) Tuliskan setengah persamaan pengoksidaan, setengah persamaan penurunan dan persamaan ion bagi tindak balas redoks yang berlaku.


Jawapan:
(a) Bromin

(b) Iodin

(c) $$ \begin{array}{ll} \text { Setengah persamaan pengoksidaan }: & 2 \mathrm{I}^{-} \rightarrow \mathrm{I}_2+2 \mathrm{e}^{-} \\ \text {Setengah persamaan penurunan } & : \mathrm{Br}_2+2 \mathrm{e}^{-} \rightarrow 2 \mathrm{Br}^{-} \\ \text {Persamaan ion } & : 2 \mathrm{I}^{-}+\mathrm{Br}_2 \rightarrow \mathrm{I}_2+2 \mathrm{Br}^{-} \end{array} $$


Soalan 5:
Berdasarkan nilai E0, susun atom atau ion yang berikut dalam tertib menaik kekuatan agen pengoksidaan dan agen penurunan.
$$ \begin{array}{ll} \mathrm{P} \rightleftharpoons \mathrm{P}^{2+}(\mathrm{ak})+2 \mathrm{e} & \mathrm{E}^0=-0.85 \mathrm{~V} \\ \mathrm{Q} \rightleftharpoons \mathrm{Q}^{3+}(\mathrm{ak})+3 \mathrm{e}^{-} & \mathrm{E}^0=+1.66 \mathrm{~V} \\ \mathrm{R} \rightleftharpoons \mathrm{R}^{2+}(\mathrm{ak})+2 \mathrm{e}^{-} & \mathrm{E}^0=+2.87 \mathrm{~V} \end{array} $$

Jawapan:
Agen pengoksidaan : R2+, Q2+, P2+
Agen penurunan : P, Q, R