Ujian Pencapaian 1 (Soalan 6 & 7) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1 (Keseimbangan Redoks)


Soalan 6:
Rajah 2 menunjukkan susunan radas bagi satu sel kimia.


Dengan merujuk keupayaan elektrod piawai, E0 setengah sel:

(a) Kenal pasti terminal negatif dan terminal positif.

(b) Tuliskan notasi sel bagi sel kimia itu.

(c) Tuliskan persamaan pengoksidaan, persamaan penurunan dan persamaan ion keseluruhan.

(d) Hitungkan nilai voltan sel.


Jawapan:
(a)
Terminal negatif : Elektrod stanum.
Terminal positif : Elektrod platinum.

(b) $$ \mathrm{Sn}(\mathrm{p})\left|\mathrm{Sn}^{2+}\left(\mathrm{ak}, 1 \mathrm{~mol} \mathrm{dm}^{-3}\right) \| \mathrm{Cl}_2(\mathrm{ak}), \mathrm{Cl}^{-}\left(\mathrm{ak}, 1 \mathrm{~mol} \mathrm{dm}{ }^{-3}\right)\right| \operatorname{Pt}(\mathrm{p}) $$


(c)
Persamaan pengoksidaan : Sn → Sn2+ + 2e
Persamaan penurunan : Cl2 + 2e → 2Cl
Persamaan ion : Sn + Cl2 → Sn2+ + 2Cl

(d) $$ \mathrm{E}_{\text {sel }}^0=(+1.36)-(-0.14)=+1.50 \mathrm{~V} $$


Soalan 7:


Rajah 3 menunjukkan dua set susunan radas yang digunakan untuk mengkaji elektrolisis larutan kuprum(II) nitrat, Cu(NO3)2.

(a) Namakan hasil yang terbentuk pada anod set I. Terangkan jawapan anda.

(b) Huraikan secara ringkas ujian kimia untuk mengesahkan hasil pada anod set I.

(c) Bandingkan warna larutan kuprum(II) nitrat, Cu(NO3)2 dalam Set I dan Set II selepas satu jam elektrolisis dijalankan. Terangkan jawapan anda.


Jawapan:
(a)
Gas oksigen. Ion hidroksida dinyahcas kerana nilai E0 ion OH kurang positif berbanding nilai E0 ion NO3−.
Empat ion OH membebaskan empat elektron membentuk molekul oksigen dan air.

(b) Masukkan kayu uji berbara ke dalam tabung uji. Kayu uji berbara menyala.


(c)
– Warna biru larutan kuprum(II) sulfat semakin pudar dalam Set I tetapi warna biru larutan kuprum(II) sulfat tidak berubah dalam Set II.

– Kepekatan ion Cu2+ semakin berkurang dalam Set I tetapi kepekatan ion Cu2+ tidak berubah dalam Set II.

– Ion Cu2+ dinyahcas membentuk atom kuprum di katod dalam Set I tetapi dalam Set II kadar ion Cu2+ dinyahcas membentuk atom kuprum di katod adalah sama dengan kadar atom kuprum mengion membentuk ion Cu2+ di anod.